Pelancong Taiwan dengan tubuh langsing melakukan cabaran di sebuah restoran di Bangkok pada Rabu lalu dengan memakan tiga kilogram hidangan nasi ayam dalam tempoh kurang sejam. Nation The Nation Thailand semalam melaporkan, Jai Wei Ku memakai pakaian seragam sekolah menengah Thailand semasa mengambil bahagian dalam cabaran makan nasi ayam gergasi di restoran Sri Leung Pochana.
Pelanggan yang berjaya menghabiskan hidangan 3 kilogram nasi ayam dalam masa kurang satu jam akan memakannya secara percuma, namun perlu membayar harga penuh iaitu 650 baht (RM84.35) jika gagal berbuat demikian. Wei Ku menjadi pemenang ke-37 cabaran itu, demikian menurut catatan Facebook restoran berkenaan yang menyatakan bahawa dia menghabiskan makanan tersebut dalam masa cuma 35 minit.
“Gadis sekolah Taiwan, Jai Wei Ku mengambil masa 35 minit untuk selesai. Sangat comel,” kata penerangan gambar cabaran yang disiarkan di laman Facebook restoran itu. Hidangan nasi ayam gergasi terdiri daripada 2 kilogram nasi dan dan 1 kilogram ayam yang boleh digoreng, dikukus atau dibakar dengan sup serta sos panas disertakan bersama. Hidangan itu cukup lapan orang yang kelaparan, demikian menurut laporan media Thailand. Gadis yang juga blogger makanan itu memuat naik gambar dirinya di Instagram dengan memakai pakaian seragam pelajar Thailand iaitu trend fesyen popular bagi kebanyakan pelancong wanita China. Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 24-3-2023 05:56 PM
Takleh kalahkan Tzuyang. Kalau dia sah2 timun2 tu suma pun licin dia telan.
MissVixen replied at 24-3-2023 10:13 AM
Tapi tzuyang tak suka makan sayur
ultra78 replied at 24-3-2023 07:19 PM
@aechae boleh tak makan macam ni?
Skuau: tuan director..inilah orang yang gagah...sekali dia makan nasi boleh habis 5 pinggan....
ADVERTISEMENT