Lelaki mengaku dirinya dari tahun 2714 mengeluarkan amaran mengenai virus baru. Kata 'pengembara masa' itu, virus pandemik seterusnya akan datang dari dalam lapisan ais yang mencair. Daily Star melaporkan, individu itu mengeluarkan amaran terperinci mengenai peristiwa pada dekad akan datang termasuk dakwaan wabak yang mengancam dunia.
Eno Alaric juga dikenali sebagai @theradianttimetraveller di TikTok memperoleh lebih 26,000 pengikut kerana menyiarkan amaran berkenaan. Dia sebelum ini mengeluarkan amaran mengenai planet berkembar dengan bumi, makhluk asing dan pembukaan dimensi lain. Dalam rakaman video yang mendapat lebih 3,000 tanda suka, lelaki itu mendakwa virus akan muncul apabila lapisan ais kutub mencair akibat pemanasan global. "2023: Teleskop James Webb menemui makhluk asing. Makhluk angkasa dilihat menyerap sejumlah besar tenaga daripada bintang dan matahari adalah seterusnya.
"2024: Virus muncul daripada lapisan ais menyebabkan satu lagi pandemik dunia. Virus itu menjangkiti lebih 350 juta orang dan menyebabkan orang takut untuk keluar di khalayak ramai," katanya. Selain itu, dia mendakwa pada 2025 angkasawan pertama tiba di Marikh menemui tulang manusia membuktikan manusia berasal dari Marikh manakala pada 2026 solar terbesar melanda bumi menyebabkan pemadaman global dan tiada bekalan elektrik selama enam minggu berturut-turut. Pada 2027 pula pembersihan atau Purge bermula di California, Amerika Syarikat sebelum menjadi perayaan di seluruh dunia. Pengikut TikTok bagaimanapun berbelah bahagi sama ada mahu mempercayai senarai amaran itu dan memberi pendapat masing-masing. Seorang pengguna berkata 2024 masuk akal. Sumber: Harian Metro
|
ultra78 replied at 24-3-2023 05:40 PM
Pada tahun 2714, Mahathir masih lagi merayu undi orang Melayu dengan menubuhkan parti ke 100.
aechae replied at 24-3-2023 06:06 PM
Main tekan je nombor 2 714 tu kn…
jejaka_hensem replied at 24-3-2023 03:46 PM
Ada baca kat forum,masa tahun 2012 kot,ada forumer bagitau yg memang akan kembali penyakit2 lama,vir ...
airfilterkotor replied at 24-3-2023 08:26 PM
Permafrost yg ada macam-macam bakteria/virus purba dah lama mencair.
Harap mengembara masa depan ...
airfilterkotor replied at 24-3-2023 08:26 PM
Permafrost yg ada macam-macam bakteria/virus purba dah lama mencair.
Harap mengembara masa depan ...
jejaka_hensem replied at 24-3-2023 09:03 PM
Yg kes ameba makan otak tu,tu pun penyakit dulu2 punya kan?
Kat afrika pun ada kes penyakit purba ...
ADVERTISEMENT