CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

S.M Faisal Dan Emilia Bincang Selesai Kes Pukul Cara Baik

24-3-2023 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7487| Komen: 13

Description: KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin yang didakwa mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi memasuki episod baharu apabila kes itu akan diselesaikan di Mahk ...
KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin yang didakwa mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi memasuki episod baharu apabila kes itu akan diselesaikan di Mahkamah Majistret di sini.


Dalam prosiding hari ini, peguam pemerhati Nazri Yahya yang mewakili pihak pengadu iaitu Emilia memaklumkan, ini kerana pihak-pihak berhasrat secara serius untuk menyelesaikan kes.

“Sepatutnya Emilia memberi keterangannya hari ini. Namun, saya ingin memaklumkan pihak-pihak (Emilia dan S.M Faisal) berhasrat untuk berunding secara serius untuk menyelesaikan kes.

“Perkara itu sudah dimaklumkan kepada peguam S.M Faisal, oleh demikian kami mohon supaya dapat diizinkan bahawa mahkamah boleh melapangkan kes hari ini. Kami ada tarikh untuk memberi makluman mengenai status rundingan iaitu sebelum atau pada 30 Mac,” katanya.


Foto: Kosmo

Mendengar perkara itu, peguam bela S.M Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, kemudian mengesahkan perkara yang dimaklumkan peguam pemerhati itu bahawa terdapat inisiatif kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes.

”Pagi ini Nazri (peguam pemerhati) memberitahu perkara sama. Saya sudah beritahu peguam itu kita akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan (kes) mengikut cadangan tertakluk terma anak guam.

“Saya mohon mahkamah rekodkan jika tiada penyelesaian dan tidak mahu membuang masa kita teruskan bicara pada 30 Mac. Saya tiada bantahan terhadap permohonan untuk melapangkan kes hari ini,” katanya.

Emilia ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. – Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!
Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Majistret Nadia Othman kemudian menetapkan 30 Mac ini bagi pihak-pihak memaklumkan status rundingan penyelesaian kes berkenaan.

Sementara itu, Akberdin ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, rundingan penyelesaian kes itu termasuk tuntutan harta sepencarian dan mutaah pasangan itu di Mahkamah Syariah.


Foto: Kosmo

“Kalau ada penyelesaian, kita selesai semua kes termasuk di Mahkamah Syariah. Ia bergantung kepada terma dan persetujuan kedua-dua pihak. Kita sentiasa terbuka untuk berbincang kerana kes ini sudah berjalan terlalu lama, kita mahu tamatkannya,” kata peguam itu.

Pada Februari lalu, Emilia dalam keterangannya memberitahu sejak menjadi ibu tunggal, dia terpaksa banyak membuat kerja-kerja sambilan antaranya menjual makanan bagi menampung kehidupan.

Antara makanan yang dijual dari rumah ialah roti jala kuah kari, pulut kuning, rendang daging dan kerepek bayam.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 24-3-2023 03:43 PM
Alhamdulillah.. selesai la cara elok.. takyah ketegaq both sides.. fikirkan pasal masa depan anak2 tu lebih penting..

And kehidupan masing2 adalah hak masing2.. tak perlu kacau...
Quote kelip2_07 24-3-2023 04:06 PM
aduhh apesal gmbr dia mcm tu..nk celak..pastu pkai tudung mcm tu menakutkn
Quote Perwira2022 24-3-2023 04:21 PM
kelip2_07 replied at 24-3-2023 04:06 PM
aduhh apesal gmbr dia mcm tu..nk celak..pastu pkai tudung mcm tu menakutkn

Patut la kena pukul & cerai.
Quote kalchi 24-3-2023 04:30 PM
Masa gambar ats ni sebijik muka her eldest son
Quote nazurah 24-3-2023 04:56 PM
kelip2_07 replied at 24-3-2023 04:06 PM
aduhh apesal gmbr dia mcm tu..nk celak..pastu pkai tudung mcm tu menakutkn

Nampak marhaen dan acik2 sangat…
Quote doubleharmonic 27-3-2023 05:41 AM
kelip2_07 replied at 24-3-2023 04:06 PM
aduhh apesal gmbr dia mcm tu..nk celak..pastu pkai tudung mcm tu menakutkn

kan chuolss. nasib baik takde bunjut atas kepala tu

Quote ajuliana 27-3-2023 08:27 AM
bila tgk gambar Emilia ni, buatkan self confident i mencanak naik..hahahha jahatnya rasa.
Quote Tinot7 27-3-2023 08:53 AM
Awat iols rasa dolu2 emilia ada la rupa jugakk.. hat ni.. eh betui ka rupa dia lagu ni jaman now?
Quote kelip2_07 30-3-2023 02:03 PM
doubleharmonic replied at 27-3-2023 05:41 AM
kan chuolss. nasib baik takde bunjut atas kepala tu

jmpe plk tgh mlm
Quote kelip2_07 30-3-2023 02:04 PM
nazurah replied at 24-3-2023 04:56 PM
Nampak marhaen dan acik2 sangat…

yee..pdhal dlu org kaya..wlpn dh cerai at least sisa2 kaya tu masih ade..gaya masih ade
Quote ayukpingu 30-3-2023 02:09 PM
agak nya penyelesaian pun melibatkan $$$ kot. settle luar court .

SM kena jaga reputation nama kan utk career dan business reputation dia.

si emilia pun going to get some benefit in return of course.

win win situation
Quote B40tastePosh 30-3-2023 02:13 PM
S.M Faisal dalam video red sofa tu memang hot. Siap dukung lagi... terbaik...i loike

Emilia mesti bengang
Quote mothicy 14-4-2023 12:51 AM
Perwira2022 replied at 24-3-2023 04:21 PM
Patut la kena pukul & cerai.

Hello, takde org yg patut kena pukul & cerai. Walaupun awak rasa solekan dia itu tidak cantik. Otak mana?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045666 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top