Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik masih berada dalam keadaan selamat dan dilindungi kerajaan Oman selepas tiba di negara itu untuk menyampaikan ceramahnya semalam dan esok. Mengesahkan perkara itu adalah peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan Zakir Naik berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik di Muscat, Oman.
Menurutnya, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel. "Zakir juga memaklumkan, laporan mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan. "Malam tadi beliau sudah selesai menyampaikan ceramahnya dan satu lagi akan diadakan esok," katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, selepas itu dia akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat diperincikan perjalanan pulang itu demi keselamatannya.
Harian Metro semalam melaporkan penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang menjadi buruan di India tiba di Muscat, Oman bagi menyampaikan ceramahnya selepas tarawih pada malam semalam dan esok. Zakir Naik sebelum ini menetap di Malaysia selepas berdepan dakwaan mahkamah di India berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama. Malah kerajaan India juga menghantar permohonan rasmi bagi mengekstradisi penceramah kontroversi, Zakir Naik, pada Januari 2018. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Zakir Naik sebelum ini menetap di Malaysia selepas berdepan dakwaan mahkamah di India berhubung pengubahan wang haram, menyokong aktiviti keganasan dan mencetuskan ketegangan agama.
rosedemon replied at 24-3-2023 12:58 PM
Xpyh la layan zkr naik ni
SalenaGomez replied at 24-3-2023 01:00 PM
SG suka dgr sbb hujah dia tu ada content …bkn main sebut je
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:44 AM
yup. tapi cara dia berdakwah gitu betul2 berani la. selamber je kuat2 kata tuhan dan agama pendudu ...
SalenaGomez replied at 25-3-2023 07:42 AM
Mungkin style dan cara kat sana begitu. Kena firm dan terang2 bgtau…kalau x nanti byk kona sana s ...
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:44 AM
yup. tapi cara dia berdakwah gitu betul2 berani la. selamber je kuat2 kata tuhan dan agama pendudu ...
SalenaGomez replied at 25-3-2023 07:42 AM
Mungkin style dan cara kat sana begitu. Kena firm dan terang2 bgtau…kalau x nanti byk kona sana s ...
primarikey replied at 25-3-2023 09:10 AM
Zaman nabi pn dulu mcm tu jgk sis...yg salah tetap nabi ckp salah...xdenya nabi nk konar baring se ...
Decaffeinated replied at 25-3-2023 08:59 AM
Try la pendakwah agama lain buat macam tu kat malaya tengok siapa lagi kuat kona
rosedemon replied at 24-3-2023 12:58 PM
Xpyh la layan zkr naik ni
primarikey replied at 25-3-2023 09:10 AM
Zaman nabi pn dulu mcm tu jgk sis...yg salah tetap nabi ckp salah...xdenya nabi nk konar baring se ...
Decaffeinated replied at 25-3-2023 06:52 PM
Zaman dah berubah, nak berdakwah kena juga cerdik jgn sampai offend agama lain orang jadi makin ja ...
ADVERTISEMENT