Kecoh jadinya suasana di bilik asrama di sebuah seklah di Selangor apabila 'dicerobohi' seekor tikus. Suasana riuh apabila cubaan 20 pelajar menghalau tikus tersebut tidak berjaya itu dirakam salah seorang pelajar, Muhammad Hilman Danish Mohd Liza.
“Kejadian tu berlaku selepas prep (ulangkaji) pukul 11.30 malam tahun 2022. Waktu tu Ahad malam, kami bercadang nak gotong-royong bersihkan dorm. “Jadi, ada sebahagian daripada kami dah gerak balik ke bilik dulu untuk buat kerja pembersihan. Apabila kami yang lain ni sampai, nampak mereka macam sedang ‘berperang’. Jadi kami yang tak tahu cerita ni tanyalah mereka yang dah sampai lebih awal. “Rupa-rupanya ada tikus. Tikus tu datang dari longkang dan orang yang perasan tikus tu dahulu adalah salah seorang daripada ahli dorm saya,” ujar Danish ketika dihubungi mStar. Menurut Danish yang kini berusia 18 tahun, dia dan hampir semua rakan lain takut dan geli untuk memegang binatang perosak yang dianggap kotor dan boleh membawa penyakit itu, namun dalam masa sama tidak tergamak untuk membunuhnya.
Pemuda yang berasal dari Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor ini berkata, mereka mencari inisiatif lain dengan cuba menghalau keluar tikus itu menggunakan penyapu dan mop seperti dapat dilihat dalam video. “Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya 'dia' tak lari ke celah-celah atau tempat sempit dalam bilik. “Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula. Memang tak sempat pun nak tangkap masa tu,” imbas Danish. Rata-rata netizen terhibur melihat kumpulan pelajar itu menjerit, terlompat-lompat gara-gara takut dengan tikus. “Saya terhibur baca komen-komen netizen. Sampai ada yang cakap ni aspura ke aspuri. Rupanya bila tengok balik video, memang saya rasa riuhnya dorm masa kejadian tu. “Apa-apa pun saya anggap perkara yang terjadi malam tu antara momen manis ketika berada di asrama. Semua kenangan ni tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujarnya. Sumber: mStar
|
prettyuglybabe replied at 24-3-2023 12:08 PM
itu tikus.. cuba lipas terbang..
mau terbalik satu dorm tu
tintin22 replied at 24-3-2023 01:57 PM
lipas terbang bukan lipas dah
Ni Aspura Ke Aspuri? 20 Pelajar Tak Rilek, Melompat Terjerit-Jerit Sebab Seekor Tikus
ADVERTISEMENT