Tular gambar peniaga bazar memasang kanopi untuk berniaga di sepanjang jalan yang mempunyai deretan kedai. Apa yang menghairankan, khemah-khemah yang dipacak menyebabkan kereta yang diparkir lebih awal sebelum bazar dibuka 'terperangkap' kerana tidak dapat keluar atau dialihkan.
"Berapa ramai terkandas nak keluar kereta," demikian kapsyen gambar tersebut yang dikongsi di akaun Twitter @isusemasaviral. Difahamkan, kejadian berlaku di Puchong, Selangor di mana lokasi yang dijadikan tapak bazar ini terletak berhampiran dengan stesen LRT. Pengguna LRT dikatakan sering meletakkan kenderaan mereka di sekitar kawasan tersebut sebelum menaiki tren untuk ke tempat kerja Ada yang tidak menyalahkan peniaga kerana mendakwa notis sudah dikeluarkan lebih awal memaklumkan bahawa kawasan itu akan dijadikan tapak bazar sepanjang bulan Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini.
Difahamkan, notis yang dikeluarkan meminta orang ramai mengosongkan tapak sebelum jam 3 petang setiap hari sepanjang Ramadan bagi memberi laluan kepada peniaga bazar. Melihat situasi ini, nampaknya masih terdapat segelintir orang awam yang tidak peka dengan arahan tersebut apabila masih meletakkan kenderaan masing-masing seperti biasa. "Padahal banner naik dah kena kosongkan kereta sebelum 3 petang. Kebanyakan orang bekerja yang naik LRT parkir dekat sini. Boleh ke kosongkan tapak sebelum jam 3 petang? "Kalau dah ada banner suruh kosongkan, maka salah pemilik keretalah. Yang berniaga tu sudah bayar tapak. "Kalau tak nak susahkan diri lebih baik jangan parkir situ. Dah tahu tempat bazar Ramadan. "Kalau memang lot tapak bazar yang disediakan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), dibayar permit atau lesen, ada notis pengosongan, ia bukan salah peniaga," ujar beberapa pengguna Twitter. Bukan itu sahaja, seorang pelayar turut berkongsi suasana bazar yang sesak dan padat dengan orang ramai apabila ruang untuk berjalan menjadi sempit disebabkan khemah tidak dapat dipacakkan rapat di bahagian tepi jalan. Dalam pada itu, timbul kebimbangan apabila jarak antara kereta yang 'terkandas' dengan dapur yang digunakan peniaga untuk memasak dilihat terlalu dekat. Lokasi tersebut dipercayai sememangnya dijadikan bazar setiap tahun untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat membeli juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan. Diharapkan masalah ini tidak berlarutan serta dapat diselesaikan dengan baik dan segera oleh pihak yang terlibat. -CARI Sumber: mStar Online
|
shernazz replied at 24-3-2023 11:27 AM
KFC puchong prima TU cm hanat yach..kaunter dia kena tunggu cm kat pejabat tanah punya kaunter
Baik ...
foxs replied at 24-3-2023 12:13 PM
Ceh..ingat aku sorang je yg kena, lembab giler
shernazz replied at 24-3-2023 11:27 AM
KFC puchong prima TU cm hanat yach..kaunter dia kena tunggu cm kat pejabat tanah punya kaunter
Baik ...
Kitty_catz replied at 24-3-2023 01:34 PM
leks sis, poser2 tabaik marah2
awat tak oda grab je?
shernazz replied at 24-3-2023 02:40 PM
Lama dah benda ni..sebelum.covid
Masa TU iols baru balik kursus..then ada urusan kat puchong prima ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054141 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.