CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Tak Percaya Dah Boleh Pakai Saiz S, Baju Lama Terpaksa Disedekahkan

24-3-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5040| Komen: 14

Datuk Aishah akhirnya mampu bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya. Dengan ini, tertunailah impiannya menyarung baju bersaiz lebih kecil dari sebelumnya.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia pada awalnya seakan-akan tidak percaya dengan perubahan berlaku pada dirinya sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.



IG

"Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.

"Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.

"Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.

"Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju persembahan yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa," katanya.


Dalam pada itu, Aishah memberitahu bahawa dia sudah puas bersedih apabila tidak dapat mengenakan pakaian dimahukan.


IG

"Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.

"Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baru sebagai hadiah untuk diri sendiri.

"Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.

"Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri," katanya lagi.



Terdahulu, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-3-2023 10:21 AM
apa yg tak percaya nye?
dh pi potong perut mmg bole kurus la
lain la klu tido bangun pagi tetiba kurus mmg ajaib
Quote neve4881 24-3-2023 10:45 AM
helicornia replied at 24-3-2023 10:21 AM
apa yg tak percaya nye?
dh pi potong perut mmg bole kurus la
lain la klu tido bangun pagi tetiba kur ...

kann...nak2 lg sheols buat 2x
Quote tri-max 24-3-2023 10:56 AM
mungkin terpotong memory otak kot, terlupa kurus sbb operation bukan semulajadi
boleh buat gruop wassap sesama artis la yg buat potong usus nih
senang nak humble brag sesama sendiri
rakyat marhean malas nak amik tahu
Quote dudaberhias 24-3-2023 12:10 PM
Dah potong perut memang ler kurus, acik ecah expect apa?
Tapi tu la sampai buat 2x. Membazir duit je. Baik acik ecah buat kimo je terus bagi kurus.

Btw makin mewangi sheols. Sheols dah la tak kacau orang. Si bidah tu plak makin busuk, dah la keje menipu orang.
Quote cikatilia 24-3-2023 12:22 PM
helicornia: apa yg tak percaya nye?dh pi potong perut mmg bole kurus lalain la klu tido bangun pagi tetiba kurus mmg ajaib


hahaha kan?
dah bayar puluh2 ribu kalau xkurus mmg nanges bucu katil le

Quote QueenCaramel 24-3-2023 01:25 PM
Seriuslah bleh kurus cani kalo potong perut..ishh sis triggered la plakk
Quote miracle_forever 24-3-2023 01:37 PM
helicornia replied at 24-3-2023 10:21 AM
apa yg tak percaya nye?
dh pi potong perut mmg bole kurus la
lain la klu tido bangun pagi tetiba kur ...

tapi ramai je yg buat bariatric, then relapse gemuk balik. syanie, ashraff anak tok k, michael ang.. just to name a few. semua menggebu semula
ok la acik ecah ni boleh maintain… sbb jaga makan & exercise jugak. mungkin makan hati jugak dgn previous marriage so semua ni contribute utk maintain kurus. good job acik ecah
Quote laksmanabentan 24-3-2023 01:51 PM
okay la tu... duduk diam2 jer...
tak payah meroyan da tuh.
Quote nylliette 24-3-2023 01:52 PM
cam biasa, bila gemuk tutup aurat, dah kurus cari saiz s melekap
Quote tikusmontok 24-3-2023 01:59 PM
neve4881 replied at 24-3-2023 10:45 AM
kann...nak2 lg sheols buat 2x

2x??  udah tinggal brp cm jer usus dia?
Quote clarizsa 24-3-2023 02:11 PM
Okayla tu berbaloi la dia spent ribuan ringgit kan
Rakyat marhen buat IF sudah , jimat dan selamat
Janganla kuat melantak smpai bulat pastu claim kena catu makanan sbb duit x cukup bagai pulak
Cam ada berita baru2 ni , punyala gemuk anak tiba2 claim sedih xde duit nk makan kena bercatu pfttt
Quote LembingDayanti 24-3-2023 04:18 PM
apa la dia nak bangga sgt bukan dia kurus cara normal pegi excercise ke jaga makan ke. kurus kurus pun suara tetap memeningkan macam tahun 90an. bingit tak sesuai dah untuk tahun 2023. nyanyi live pun muzik lagi laju 1 saat dari nyanyian mu wahai nek esah. henti2 la recording syok sendiri kat dalam rumah tu
Quote dudaberhias 24-3-2023 05:47 PM
miracle_forever replied at 24-3-2023 01:37 PM
tapi ramai je yg buat bariatric, then relapse gemuk balik. syanie, ashraff anak tok k, michael ang ...

tu la... sebabtu kalau sape2 nak potong perut ni iols tak sarankan... kos tinggi... lepastu akan gemuk balik kalau makan tak jaga...
baik pergi buat kimo je terus bagi kurus... sekaligus sel2 cancer pun mampoih sekali... kutu pun hilang dan takde...
Quote sleepandream 24-3-2023 05:59 PM
but good for her la...
kalau nak travel jalan2 pun ringan je badan...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045549 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top