Ketua pembangkang, Rahul Gandhi didakwa Mahkamah India semalam, bersalah atas pertuduhan fitnah membabitkan 'nama baik keluarga Modi'. Pada kempen pilihan raya di Karnataka, selatan negara itu pada 2019, pemimpin parti kongres berkenaan didakwa berkata, dia tertanya-tanya bagaimana 'semua penyamun ada perkataan Modi dalam nama keluarga' mereka.
Mahkamah di bandar Surat di negeri Gujarat mendapati Ahli Parlimen itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu, lapor media India. Susulan kenyataan itu, bekas menteri Gujerat, Purnesh Modi dan Ahli Parlimen Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi membuat aduan terhadap pemimpin pembangkang itu dengan mendakwa Rahul memfitnah seluruh keturunan Modi.
Sumber: BERNAMA |
ADVERTISEMENT