CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mommylah ‘Kebun’ Pahala, Brian Insan Yang Buat Saya Semakin Ampuh Dan Berani" - Aqish

23-3-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3404| Komen: 9

Pelakon remaja, Puteri Balqis mendedahkan pernah beberapa tahun lalu, dia dan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz berpuasa dalam keadaan serba kekurangan bahkan terpaksa mengikat perut biarpun sesudah masuk waktu berbuka.


Enggan terus dimomokkan masa lampau menyedihkan, pelakon yang semakin meningkat matang itu lebih teruja menyambut bulan penuh barakah ini dengan emosi bahagia.


Kosmo

Bagi Puteri Balqis atau selesa disapa Aqish, kenangan sarat air mata itu hanya sebuah memori usang yang membuatkannya beringat untuk menempuhi hari hari esok dengan lebih baik.

“Boleh dikatakan Ramadan kami beberapa tahun kebelakangan ini agak sulit, terutama sejak sekitar lima, enam tahun lalu apabila tinggal kami berdua.

“Tiada tempat tinggal tetap selain perlu ikat perut dengan lebih seharian berpuasa kerana tiada benda (makanan) untuk dijamah sewaktu berbuka puasa.


“Cuma apa yang boleh saya ingat adalah kami gembira berdua biarpun hidup kami berada pada fasa sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

“Allah itu Maha Mendengar. Saya tahu emak saya tak henti berdoa untuk kesejahteraan saya. Biar berlapar, saya ‘kenyang’ kasih sayang seorang emak,” katanya dalam pertemuan dengan HibGlam baru-baru ini.

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Televisyen Asia 2014 yang semakin matang dalam mengatur bicara itu mahu memadam semua racau dek isu yang dianggap kisah gelap hidupnya itu.

Dia yang mesra disapa Aqish ingin menolak tepi pendedahan kontroversi tentang bapanya, Azizi Abd. 

Baginya, cukuplah perbualan berkisarkan perkembangan hidupnya bersama bonda tercinta. Mereka kini meniti warna bahagia dalam mengatur rentak kehidupan.

Berlapar dan mengikat perut ketika Ramadan beberapa tahun lalu menjadi pengalaman yang enggan dikenang semula Puteri Balqis.


IG
 
“Tiada yang lebih membahagiakan apabila melihat insan tersayang gembira dan inilah yang saya impikan, sentiasa buat mommy (emak) ceria.

“Kami tinggal berdua, tapi kami sentiasa ada satu sama lain. Itu sudah cukup, malah ada beberapa lagi insan lain yang tidak pernah tinggalkan kami pada ketika saya dan mommy berada pada fasa terendah.

“Moga Ramadan ini kami dapat memperuntukkan masa bersama-sama beribadah dan berbuka puasa kerana tahun lepas saya agak sibuk di set penggambaran.

“Sepanjang Ramadan ini ada juga tawaran berlakon dan projek yang saya ambil sebab semua itu rezeki untuk kelangsungan hidup. Alhamdulillah,” kongsi anak tunggal itu lagi.

Mengulas situasi kesihatan mental yang dihadapi, Aqish akui semakin tenang dan mampu mengawal emosi.

“Saya tak boleh tutup Instagram atau laman sosial lain kerana itu juga punca pendapatan, tetapi saya elakkan membaca kecaman. Kritikan berbeza dengan menghentam.

“Saya perlu sihat mental dan fizikal demi emak saya. Soal lain saya tolak tepi. Mommylah ‘kebun’ pahala dan ratu buat saya,” tambahnya.

Selain ibu, Aqish turut mendapat suntikan semangat daripada jejaka bernama Brian yang rapat dengannya sejak setahun lalu.

“Sebenarnya kami sudah kenal lama iaitu ketika zaman kecil tetapi terpisah hinggalah kami berjumpa semula tahun lalu secara tidak sengaja.

“Sekarang dia antara insan yang membuatkan saya semakin ampuh dan berani melangkah jitu,” kongsi bintang versatil yang menceburi arena komersial sejak berusia dua tahun itu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 23-3-2023 03:57 PM
apa apa je lah diknon. ko pelajaran ke laut. moga tidak menyesal bila dah tua.
Quote rayna_raynes 23-3-2023 04:04 PM
Semoga Aqish baik2 saja, semakin matang dan pandai memilih jalan hidup sendiri
Quote prince_marhaen 23-3-2023 04:30 PM
apa apa je lah.... penat nak paham dunia deep kau... sooooo metafora..
Quote PanadolExtend 23-3-2023 08:19 PM
prince_marhaen replied at 23-3-2023 04:30 PM
apa apa je lah.... penat nak paham dunia deep kau... sooooo metafora..

Dia ni sebenarnya in deniallll
Quote Kurex 23-3-2023 08:21 PM
Gambar 1st tu macam pompuan pertengahan 30an
Quote hanihan16 23-3-2023 08:23 PM
brian ni boyfriend dia ke bf maknya?
Quote Insomniacs 23-3-2023 09:08 PM
Mak dan anak something sgt..mcm ada yg tak betul 2 beranak nih
Quote dudaberhias 23-3-2023 09:22 PM
teruskannn maju dik qish... asalkan pandai pilih laki herlokkk... gittewwww!
Quote Aneem 23-3-2023 09:23 PM
Liberal jugak kah?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.033745 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top