CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Ibnu Sina Di Wangsa Maju Terbakar Dipanah Petir

23-3-2023 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4583| Komen: 28

KUALA LUMPUR – Suasana hiba permulaan bulan Ramadan bagi kariah Masjid Ibnu Sina di Wangsa Maju, di sini selepas rumah ibadat itu terbakar dipercayai berpunca dari panahan petir ke arah bumbungnya, semalam.


Masjid Ibnu Sina dalam kenyataan di Facebook berkata, panahan petir itu mencetuskan kebakaran dan merebak dengan cepat.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid Ibnu Sina telah ditimpa musibah di awal permulaan Ramadan. Maklumat daripada forensik bomba melaporkan kejadian berpunca dari panahan petir yang kuat diatas bumbung masjid dan api merebak begitu cepat.

“Pihak bomba juga memberi kebenaran untuk solat di kawasan terbuka (beranda) masjid,” menurut kenyataan hari ini.


Foto: Kosmo

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.10 malam.


“Tiga jentera dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada 7.17 malam melakukan kerja pemadaman di ruang masjid yang terjejas dan api berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian dengan kemusnahan 90 peratus di ruang solat utama.

Jelas pihak Masjid Ibnu Sina, pihaknya bersetuju untuk menghentikan segala aktiviti masjid setakat ini.

“Sementara ini jemaah dan anak kariah boleh memilih masjid yang berdekatan untuk menjalankan aktiviti ramadhan. Pihak masjid juga sedaya upaya menyediakan tempat solat yang selesa untuk jemaah dalam masa secepat mungkin.Segala makluman akan diberitahu,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wadiunong 23-3-2023 03:49 PM

mmg semalam kilat memancar2 & petir berdentum2. skeri tul
Quote chandrahusin 23-3-2023 03:53 PM
Betul.. mmg petir hujan angin kuat guruh kat kwsn ni smlm
Cuak jgk rasa smlm
Quote doridori_hi 23-3-2023 05:32 PM
Lately hujan petir sambar menyambarrr.... aku tutup selimut tdo..
Quote green~tea 23-3-2023 05:43 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote kemaruk 23-3-2023 05:48 PM
Fenomena alam yang random ja ni
Quote Samerosie 23-3-2023 06:39 PM
Tak apa nampak macam uzur pun masjid ni.  Nanti bila bina baru jgn lupa letak lightning arrester.
Quote airfilterkotor 23-3-2023 10:27 PM
Wangsa Maju kaa... Titiwangsa?
Quote aechae 23-3-2023 10:48 PM
Kt seksyen mna msjid ibnu sina kt wgsa maju ni? I tau masjid usamah n masjid muttaqin je
Quote SalenaGomez 23-3-2023 11:05 PM
wadiunong replied at 23-3-2023 03:49 PM
mmg semalam kilat memancar2 & petir berdentum2. skeri tul

Smlm mmg dasat hujan ribut petir sume…time SG lalu hentian duta, siap hujan ais…SG siap psang azan dlm keta sbb cuak punya pasal…lagi pon pernah dgr kalau ribut dan kebakaran, better kita azan time tu…tp mmg rasa secured time pasang azan tu
Quote LadyCarefree 23-3-2023 11:28 PM
Takkan kot.
Quote FOTHER-MUCKER 23-3-2023 11:40 PM
Tohan nak bagi warning kepada si lobai lobai tu kerana semejak dua mejak para lobai semakin nak control semua orang supaya mengikut kemahuan dan cara hidup lobi.
Quote kepompong 23-3-2023 11:50 PM
apa benda yg macam jejari besi kat bumbung, tak install ler tu
Quote airfilterkotor 24-3-2023 12:03 AM
Wartawan Kosmo, penah dengar google map?
Quote B40tastePosh 24-3-2023 01:08 AM
Edited by B40tastePosh at 24-3-2023 01:11 AM

Harap Mastika dan Akhbar Bacaria buat liputan...adakah syaitan bertenggek ditiang bendera atau di atas kubah...adekah terdapat gegaran pada kubah masjid sebelum kejadian di sambar petir.
Quote pooh~key 24-3-2023 08:18 AM
SalenaGomez replied at 23-3-2023 11:05 PM
Smlm mmg dasat hujan ribut petir sume…time SG lalu hentian duta, siap hujan ais…SG siap psang az ...

Kau jangan terbuka puasa pulak pasang azan tu sis. Itu azan asar sis.
Quote pooh~key 24-3-2023 08:19 AM
FOTHER-MUCKER replied at 23-3-2023 11:40 PM
Tohan nak bagi warning kepada si lobai lobai tu kerana semejak dua mejak para lobai semakin nak cont ...

I warning you baru tawwww, kata tuhan, sistahhh.
Quote wadiunong 24-3-2023 08:22 AM
SalenaGomez replied at 23-3-2023 11:05 PM
Smlm mmg dasat hujan ribut petir sume…time SG lalu hentian duta, siap hujan ais…SG siap psang az ...

ye bener sis. dari jalan duta -duke tu mmg dah start kilat memancar2
Quote shamsadis 24-3-2023 08:47 AM
hasil duit tak berkat kot, takziah diucapkan kepada kariah sekitarnya
Quote Dwdrum 24-3-2023 08:50 AM
Apabila masjid jadi safe house untuk satan... Juga tidak selamat dari di panah petir

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039550 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top