Berita tentang murid sekolah yang maut digilis treler semalam sememangnya mengundang hiba. Sesetengah pihak menyalahkan treler tersebut sehingga sanggup memukul lelaki berusia 36 tahun itu tanpa sebarang siasatan.
Menerusi perkongsian isteri kepada pemandu treler berkenaan di aplikasi TikTok, dia meminta orang semua pihak tidak menjatuhkan hukum sesuka hati tanpa mengetahui perkara sebenar. Seorang pengguna Facebook, Azlan Adnan juga mengesahkan bahawa pemandu treler itu telah dipukul oleh seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan. Tegasnya, kejadian tersebut sama sekali bukan berpunca daripada salah rakannya itu sepenuhnya kerana ada rakaman dashcam menunjukkan yang pemandu treler berkenaan berada di laluan yang betul. Memetik laporan dari Utusan Malaysia,Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan punca kejadian dipercayai motosikal ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir. “Semasa kejadian, lori kontena dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua pelajar sekolah iaitu pelajar perempuan (sembilan tahun) dan pelajar lelaki (tujuh tahun) keluar dari simpang menghala ke arah sama dengan lori berkenaan. “Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng terjatuh di atas jalan raya. Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang lori dan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya. Isteri kepada pemandu treler berkenaan berharap mereka yang menganiaya suaminya dengan memukul, mencuri dashcam dan barang di dalam treler segera ditahan. Setakat ini, pemandu treler berkenaan dalam keadaan sihat dan sudah dipindahkan ke Hospital Ipoh. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan suaminya kerana sanggup menunggu dan berpihak kepadanya di atas kemalangan yang telah berlaku. -CARI |
afie_m replied at 23-3-2023 02:55 PM
dashcam dah kena curi, susah nak tahu apa tjadi..harap ada cctv area sana dan ada saksi..salam takzi ...
Thunderclouds replied at 23-3-2023 02:53 PM
Payah nk ckp.
Menda dh jd.
Budak tu pn dh meninggal.
ladybugz replied at 23-3-2023 02:44 PM
tak payah la bg i nk kecoh walaupun suami x salah ke apa. ada mangsa lg teruk which is anak yg dah m ...
copy_paste replied at 23-3-2023 03:00 PM
mewajibkan lori hanya pandu 10km dilaluan tertentu spt laluan kediaman,dan bandaraya
prizadane replied at 23-3-2023 03:00 PM
Yang paling kesian dalam kes ni, budak yang meninggal n driver lori ni la. Both tak bersalah. Lori n ...
mejaputih replied at 23-3-2023 02:57 PM
mmg ada dashcam dari kenderaan lain...motor tu keluar melulu dari simpang.
nw111 replied at 23-3-2023 03:24 PM
Tapi aku mmg ngeri nak drive area port klang ni..pernah sekali pegi visit org kat situ...aku punya k ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
9-6-2023 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.094624 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.