Syamsul Yusof memahami ibunya yang kini terluka akibat kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah. Berkata kepada Gempak, Syamsul mengakui ada keinginan bertemu kedua-dua ibu bapanya kelak.
Dalam masa sama, pelakon dan pengarah berusia 39 tahun itu terbuka hati sekiranya Patimah Ismail berpihak kepada menantunya berbanding anaknya sendiri. “Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media. “It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di sidang media khas pada Rabu. Syamsul juga nekad tidak menceraikan isteri pertamanya itu.
“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya. “Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, dia tetap ibu saya. “Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu. “Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istiqarah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat. “No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya ada buat istiqarah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” tambahnya. Sementara itu, Puteri Sarah berkongsi status ibu mentuanya itu yang meminta individu berkenaan untuk tidak memutar belitkan keadaan, sebaliknya selesaikan apa yang berlaku dengan segera. - CARI |
telracs replied at 23-3-2023 12:10 PM
Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan kebaikan berganda...
Harap putri sarah doa serahkan sol ...
Diamondmoney replied at 23-3-2023 12:23 PM
ADVERTISEMENT