Dah dua tahun sepi, Nynaa Harizal mengakui rindu untuk kembali berlakon kerana itu adalah jiwa dan minatnya. Meskipun suaminya iaitu Fahmi Ilyas memintanya memberikan fokus kepada keluarga, Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 27, memberitahu dia berusaha memujuk supaya diberikan keizinan untuk kembali beraksi di depan kamera.
"Buat masa sekarang memang rehat dahulu. Saya pun baru sahaja bersalin anak pertama. Jadi tak tahulah berapa lama akan berehat dari dunia lakonan. "InsyaAllah saya akan kembali berlakon. Memang rindu untuk ke lokasi selepas hampir dua tahun. Dunia lakonan sudah menjadi jiwa saya. "Suami pun tak susah nak pujuk. Nanti saya akan pujuk dia untuk kembali berlakon," katanya kepada mStar.
|
Nham22 replied at 23-3-2023 12:25 PM
Majlis akikah baby die xde pon penampakan keluarga die... Mmg xdtg ke ape... semue pict side suam ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053128 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.