CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lokasi Pelajar Universiti Healing" - Dah Lama Tunggu, Awal Ashaari Terharu Berjaya Buka Kedai Kopi

23-3-2023 12:10 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14192| Komen: 96|Original author: LilRose

Description: Awal Ashaari mendedahkan kopi menyatukan cintanya dengan Scha Al Yahya.
Awal Ashaari mendedahkan kopi menyatukan cintanya dengan Scha Al Yahya.

Ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama kedai kopi, The Great Coffee Club, Seksyen 13, Shah Alam, pengacara popular itu meluahkan rasa terharu kerana impiannya membuka kedai kopi menjadi kenyataan.




"Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak 'throwback' kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu 'dating' di sebuah kedai kopi di Bangsar.

"Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.

"Malah, setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.

"Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas," katanya kepada Harian Metro.



Shah Alam menjadi lokasi pilihan Awal membuka cawangan kedai kopi pertamanya kerana menepati target pasaran dan lokasinya yang strategik, dekat dengan beberapa universiti.

"Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.

"Malah, kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti 'healing' atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya," katanya.


Kredit foto: IG

Awal juga sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk selepas Aidilfitri ini. 

Katanya, podcast yang akan disiarkan di platform YouTube serta media sosial itu akan menjemput individu yang dapat memberi inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 23-3-2023 12:20 PM
Kenapa kaler and logo nk mesti kne sama dgn stabak???
Quote Thunderclouds 23-3-2023 12:21 PM
Budak² u pn tpaksa ikat peyot katanyeehhh..
Ada modai ka nk 'healing' minom hot latte kurang² rm10-12 per smol cup?
Quote Nham22 23-3-2023 12:23 PM
Loh ingatkan bukak kat seksyen 2 atau seksyen 7 shah alam...
Quote makadek 23-3-2023 12:23 PM
Sikbek ank ak tk mnt kopi
Quote electricopop 23-3-2023 12:23 PM
Nak p try lah...
Quote dudaberhias 23-3-2023 12:24 PM
konsep ok dah... mesti meletop... tapi satu je kenapa font design tu soo yesteryears yach hijau gitu dah serhoper giant yang dah bungkus tu.... tapi awal buta warna kan? adakah heols nampak hijau tu ala2 biru macam lotus?
Quote kikilalapooh 23-3-2023 12:53 PM
tahniah awal & scha! semoga sukses meniagaaa
Quote gangerina 23-3-2023 01:38 PM
awat kaler mcm grab n font mcm carlsberg....
Quote xtahumenahu 23-3-2023 01:41 PM
boleh laaa try nanti....
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 01:41 PM
Nham22 replied at 23-3-2023 12:23 PM
Loh ingatkan bukak kat seksyen 2 atau seksyen 7 shah alam...

seksyen 13 ramai budak msu..prebet uni maybe dia fikir ramai anak orka..
belah seksyen 2 dengan sekyen 7 tu uni awam
Quote cepheid 23-3-2023 01:44 PM
Asyik tutup ja bila bukanya?
Quote dekmieDandy 23-3-2023 03:22 PM
thumbnail tu aku ingat ke logo PAS!!!
Quote kucingitam 23-3-2023 03:27 PM
kalau takde word coffee aku ingat pub dah..
Quote Nozot 23-3-2023 03:30 PM
Tak sampai setahun bungkus..gitulah retis..mula - mula ja hype.
Quote idril 23-3-2023 04:05 PM
nama x catchy langsung utk kedai kopi......

nama panjang2 nak gi mana
Quote supernaturalee 23-3-2023 04:09 PM
mcm blh pegi jauh ni


Quote obses_budak 23-3-2023 04:20 PM
Kdng2 retis ni.. buat la kdai mkn lauk tengahari..versi tmpat berekon....kompom longlasting biss dan smua lpisan umur leh jamu..menjamu..ha gitu
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:45 PM
idril replied at 23-3-2023 04:05 PM
nama x catchy langsung utk kedai kopi......

nama panjang2 nak gi mana

Retis mmg bongok pun.mcm elfira dulu nama kedai makan lovemesevendaysaweek ke apa ntah..x ingat..tp camtu la...nama panjang pastu kalo org x tau tu kedai dia,org pun x tahu halal or non halal
Quote sayawifenikmie 23-3-2023 06:16 PM
panjang now nama kedai kopinya

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.118215 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top