OS ANGELES: Penduduk di sebuah kawasan kejiranan di Los Angeles mengakui bingung selepas pintu rumah mereka dibanjiri dengan kiriman makanan misteri dari Uber Eats yang tidak dipesan mereka.
Lapor UPI, penduduk kawasan kejiranan Range View Avenue di Highland Park memberitahu, setiap rumah menerima hingga 13 kiriman makanan sehari dari McDonald’s, Taco Bell, Starbucks dan restoran lain yang dihantar melalui Uber Eats sejak tiga minggu lalu. Anehnya, penduduk mengatakan kiriman makanan itu muncul di pintu rumah mereka dengan tertera alamat yang betul setiap hari tidak kira siang atau malam. “Apabila terlalu banyak makanan diterima sekaligus, kami akan cuba mencari tempat untuk menyumbangkannya atau memberikan sahaja kepada sesiapa yang lalu di hadapan rumah saya,” kata seorang penduduk, William Neal. Beberapa penduduk dilaporkan cuba menghubungi nombor telefon yang tertera pada butiran maklumat yang dilekatkan pada setiap pesanan tetapi semuanya tidak berfungsi.
Penduduk berkata, mereka menyedari setiap pesanan prabayar atas talian itu sering menyertakan upah tambahan kepada penghantar makanan. “Kami tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa seseorang yang tidak dikenali mengirim begitu banyak makanan ke rumah kami. “Masing-masing membuat pelbagai andaian. Ada yang merasakan ini hanyalah strategi pemasaran dan ada juga yang khuatir mungkin ada kanak-kanak yang cuba bermain dengan menggunakan kad kredit ibu bapa mereka. Namun sehingga kini tiada jawapannya,” tambah Neal. Wakil perusahaan induk perkhidmatan penghantaran Uber Eats berkata, pihak pengurusan sedang berusaha mendapatkan maklumat dan menyiasat identiti pengirim pesanan makanan misteri itu. -CARI Sumber: Utusan Onlune
|
sayurmayur88 replied at 23-3-2023 01:00 PM
klu makanan risau kene letak sihir je!
ADVERTISEMENT