CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resipi, Menu Sahur Pertama Dah Boleh Buat Diet Hancur

23-3-2023 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10152| Komen: 91

Description: Bulan Ramadan, nama Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih popular dengan nama Khairulaming pasti akan menjadi sebutan ramai.Rata-rata tidak sabar menantikan menu berbuka yang bakal dikongsikan oleh pem ...
Bulan Ramadan, nama Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih popular dengan nama Khairulaming pasti akan menjadi sebutan ramai.

Rata-rata tidak sabar menantikan menu berbuka yang bakal dikongsikan oleh pemilik nama sebenar ini menerusi  '30 Hari 30 Resipi'.


Bagaimanapun sebelum umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada Khamis, Khairulaming tampil dengan video pertama untuk menu sahur, pada Rabu malam.




"Hey Whatsup guys. Selamat datang ke bulan Ramadan. Hari ini kita nak buat menu sahur untuk esok... ha esok dah sahur dah," ujarnya pada permulaan video yang dimuat naik di Instagram.

Untuk sahur bagi hari pertama Ramadan, menu yang menjadi pilihan untuk disajikannya adalah telur mata goreng cili padi.

Meskipun hanyalah menu ringkas, tetapi melihat cara penyediaan pemuda berusia 31 tahun ini, ternyata menu berkenaan mampu membuatkan setiap penontonnya terliur.




"Lauk yang boleh buat diet hancur. Simple tapi boleh makan nasi banyak.

"Ini sahur nasi tambah tiga kali ye kawan-kawan.

"Habislah telur dengan kicap dekat rak esok," demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Khairulaming turut memaklumkan video untuk menu berbuka akan dimuat naik pada waktu tengah hari.

Untuk rekod, video masakan signaturnya '30 Hari 30 Resipi' kini sudah mencecah 6 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HabukBesi 23-3-2023 12:08 PM
simple dan senang... terbaik KA
Quote cikatilia 23-3-2023 12:19 PM
telor dangdut goyang2 dia tu uii
gugur imann
Quote zuriey 23-3-2023 01:24 PM
Tak pernah cuba pun apa2 resepi dia
Myb sbb resepi dia biasa2 je utk org2 yg baru nak belajr masak2.kaka dah taraf internasional [em:11:]
Quote pooh~key 23-3-2023 01:26 PM
Dia ni tak kahwin2 ke sis? Mesti sesuatu kan sis?
Quote tipah89 23-3-2023 01:46 PM
jap aku nak tanya, pagi2 sahur dgn lauk berasaskan cili ni, xsakit perut ke??? kalau aku memang ke toilet jela sepanjang hari.. jadi hal pulak.
Quote zehra2 23-3-2023 01:49 PM
air soda oren n air longan ari ni
Quote kepompong 23-3-2023 01:49 PM
zuriey replied at 23-3-2023 01:24 PM
Tak pernah cuba pun apa2 resepi dia
Myb sbb resepi dia biasa2 je utk org2 yg baru nak belajr masak2. ...

majoriti audience dia mmg tak pandai masak. Eh mmg majoriti org biasa tak pandai masak. even goreng telur pun fail

i mmg tak tengok rancangan dia sbb i tak masak pun. sejak dpt hypertension, i tak makan sgt makanan yg kena masak.. hari2 mmg makan cereal, susu, buah, kekacang, gitu je la ulang2… kalau terasa nak makan sedap, mmg pegi kedai yg betul2 sedap tak kisah brp harga sebab bukan dpt makan sekali tu je la.. kena la sedaphahaa
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 01:58 PM
takutnya pepagi morning makan cili..
keras betul perut korang..
i tak kisah sangat kerol aming 30 hari 30 resepi..
i tunggu chef nasi arobbbbb 30 hari 30 kontroversi jah..
nak tengok tahun ni apa pulak dia meroyan..
isu sama ke ada isu baru
Quote mejaputih 23-3-2023 01:59 PM
kdg2 bukan sbb tak pandai masak, tp have no idea nk masak apa for the day...so boleh la gunapakai menu dia..hihi
Quote _kelly 23-3-2023 02:10 PM
telur mata pon boleh buat video ye
Quote SWORKS27 23-3-2023 02:13 PM
_kelly replied at 23-3-2023 06:10 AM
telur mata pon boleh buat video ye

konten..telur lembu pun boleh lps ni
Quote alesandra 23-3-2023 02:16 PM
Aku hari  ni xde plan nak pegi bazaar ramadhan beli air . hanat!
Quote dua_chzy 23-3-2023 02:30 PM
zuriey replied at 23-3-2023 05:24 AM
Tak pernah cuba pun apa2 resepi dia
Myb sbb resepi dia biasa2 je utk org2 yg baru nak belajr masak2. ...

Hahaha. Setuju. Tapi ok la untuk orang yang baru nak blaja masak. Penerangan pun simple dan bahasa yang digunakan mudah difahami.
Quote dua_chzy 23-3-2023 02:31 PM
tipah89 replied at 23-3-2023 05:46 AM
jap aku nak tanya, pagi2 sahur dgn lauk berasaskan cili ni, xsakit perut ke??? kalau aku memang ke t ...

Lauk ni tak sesuai sebenarnya untuk sahur or berbuka. Kecuali perut besi.
Quote syamzana 23-3-2023 02:47 PM
jadi laa menu utk org bujang yg sendu nak masak sbbnya adik iols kata simple nak mudah nak buat. bahan2 pun mudah cari. kalau ig/blog/fb yg masaknya mak2 org dia punya bahan tu termenung kejap nak hadam, nak mencari lagi la. ujung2 beli je la, sng
Quote adeqbun 23-3-2023 02:53 PM
Ok je bg yg biasa ngan cili api...ade org jenis xde cili api x beghaso mskan tu..
Quote mejaputih 23-3-2023 02:56 PM
kalau family takleh ke pakai lauk ni? berselera jugak...jimat masa dan duit...
Quote stingeramadhan 23-3-2023 03:22 PM
zehra2 replied at 23-3-2023 01:49 PM
air soda oren n air longan ari ni


Makroh hukumnya bila sedang berposa...pikirnyer lebih tertumpu ttg makan....minum....

Ingatan buat diri ku jua

Wallahhuaklam

Quote stingeramadhan 23-3-2023 03:26 PM
alesandra replied at 23-3-2023 02:16 PM
Aku hari  ni xde plan nak pegi bazaar ramadhan beli air . hanat!


Jgnler rosakkheun posa kita dgn amarah dan sebutan yg hanya boleh nyebabkheun potongan pada kedits posa kita.....

Semoga kita tidak tergolong dikalangan mereka yg disebut dlm kitab....posa yg hanya dapat lapar dan dahaga.....

Ingatan buat diriku jua...

Wallahhuaklam

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.330363 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top