CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Kena Penalti Kalau Tak Lantik Wanita

23-3-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3398| Komen: 1

Description: Kerajaan bersilih ganti, pemimpin datang dan pergi, namun wanita masih tidak diangkat ke kedudukan sepatutnya.Kuota 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan yang diperjuangkan lebih sed ...
Kerajaan bersilih ganti, pemimpin datang dan pergi, namun wanita masih tidak diangkat ke kedudukan sepatutnya.


Kuota 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan yang diperjuangkan lebih sedekad lalu masih gagal dicapai.

Setakat 31 Disember tahun lalu, laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati peratusan wanita sebagai ahli lembaga pengarah di 100 syarikat tersenarai awam yang teratas, cuma 29 peratus.


Kuota 30 peratus tertangguh terlalu lama hingga wujud cadangan mengenakan penalti bagi syarikat yang gagal mengotakannya.


Presiden dan Pengasas Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Idris berkata, pendekatan lebih tegas perlu diambil kerajaan bagi memastikan agenda diperjuangkan itu tidak terus sepi dan tertangguh.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar mana-mana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ingkar arahan untuk melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah dikenakan penalti.

Katanya kepada Utusan Malaysia, hukuman itu wajar bagi mendidik organisasi dan masyarakat untuk mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita.

Baru-baru ini, ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023, 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023, menggesa GLC meningkatkan jumlah wanita sebagai ahli lembaga pengarah.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh semua GLC supaya peranan wanita mempunyai peningkatan nyata.

Dalam pada itu, Laporan Credit Suisse pada 2016 mendedahkan, syarikat yang diterajui sekurang-kurangnya seorang ahli lembaga pengarah wanita mampu mencatatkan pulangan pelaburan positif berbanding organisasi dianggotai hanya lelaki dalam jawatan tersebut.

Norhimah turut menyarankan syarikat yang mematuhi arahan pelantikan ahli lembaga pengarah wanita agar diberikan insentif misalnya pelepasan cukai dan sebagainya sebagai galakan.

Dalam perkembangan sama, beliau mahu pelantikan ahli lembaga pengarah dihadkan kepada dua syarikat sahaja.

Katanya, langkah itu dapat memastikan lebih ramai kaum Hawa yang berkelayakan dan berpotensi dapat mengisi kekosongan tersebut.

“Ketika ini, ada lembaga pengarah yang memegang sehingga tiga jawatan sama di organisasi berbeza.

“Cadangan saya kalau boleh lembaga pengarah jangan pegang terlampau banyak jawatan di syarikat-syarikat lain dan sewajarnya jumlah itu tidak lebih daripada dua sahaja (jawatan),” katanya.

Sementara itu, menurut Norhimah, GLIC dan GLC juga perlu memainkan peranan untuk bekerjasama dengan NGO bagi mengenal pasti wanita berkelayakan untuk dilantik sebagai lembaga pengarah.

Fenomena siling kaca yang sering menyekat potensi wanita sebagai pembuat keputusan hanya boleh dipecahkan jika lelaki menurunkan ego mereka.

Norhimah tidak menafikan yang situasi iu masih berlarutan hingga kini dek kerana ego lelaki yang memandang rendah kemampuan dan keupayaan wanita.

“Kaum Adam kena rendahkan ego, kita dapat lihat walaupun ramai wanita yang layak dilantik sebagai ketua, namun kekosongan berkenaan tetap diberikan kepada calon lelaki.

“Sudah sampai masanya pemilihan jawatan ketua dibuat berdasarkan pengalaman, merit serta kelayakan individu dan bukan bersandarkan jantina,” tegasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 23-3-2023 01:28 PM
Norhimah tidak menafikan yang situasi iu masih berlarutan hingga kini dek kerana ego lelaki yang memandang rendah kemampuan dan keupayaan wanita.

“Kaum Adam kena rendahkan ego, kita dapat lihat walaupun ramai wanita yang layak dilantik sebagai ketua, namun kekosongan berkenaan tetap diberikan kepada calon lelaki.

mula2 aku angguk baca, tapi

sampai hujung2, sexist betul mesej dia

subtly ego jugak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048798 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top