Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turkiye terus menjadi tumpuan umat Islam bagi menunaikan solat sunat pada Ramadan kali ini selepas pertama kali mengadakan solat terawih dalam tempoh 88 tahun pada tahun lalu.
Memetik TRT World, kerja-kerja pembersihan di Hagia Sophia giat dilakukan menjelang solat terawih pertama semalam dan ibadah Ramadan yang mana kebanyakan negara di seluruh dunia dijangka menunaikan rukun Islam ketiga itu pada 23 Mac. Difahamkan, bahagian dalam masjid berkenaan dibersihkan dengan proses tradisional iaitu disanitasi menggunakan air mawar. Selain itu, pekarangan dan persekitaran Masjid Hagia Sophia turut dibersihkan dengan air panas. Hagia Sophia yang dibina pada 532 SM, digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.
|
ADVERTISEMENT