Lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang merempuh trak tunda di lorong kecemasan. Harian Metro melaporkan, ketika kejadian trak berkenaan sedang menunda sebuah lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer (Km) 265.9 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), berhampiran susur keluar ke Bandar Ainsdale.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan kejadian kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan berkenaan dan maut di lokasi kerana parah di kepala. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah trak tunda jenis Isuzu dikendalikan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam proses menunda sebuah lori rosak di dalam lorong kecemasan di lokasi kejadian.
"Kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dipercayai dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Bandar Baru Bangi, Selangor, seorang diri dari arah belakang. "Mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam lorong kecemasan dan melanggar bahagian bucu belakang kanan trak berkenaan," katanya, hari ini. Nanda berkata, akibat kemalangan, mangsa parah di bahagian kaki kanan, muka dan kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan. "Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT