CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7071|Reply: 7

Penunggang LC135 Maut Rempuh Bucu Trak Tunda Di Lorong Kecemasan

[Copy link]
Post time 23-3-2023 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang merempuh trak tunda di lorong kecemasan.


Harian Metro melaporkan, ketika kejadian trak berkenaan sedang menunda sebuah lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer (Km) 265.9 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), berhampiran susur keluar ke Bandar Ainsdale.




MOTOSIKAL ditunggang lelaki dikatakan merempuh sebuah trak tunda di lorong kecemasan. FOTO Ihsan Polis.





Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan kejadian kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan berusia 33 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan berkenaan dan maut di lokasi kerana parah di kepala.


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah trak tunda jenis Isuzu dikendalikan seorang lelaki berusia 42 tahun dalam proses menunda sebuah lori rosak di dalam lorong kecemasan di lokasi kejadian.


"Kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dipercayai dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Bandar Baru Bangi, Selangor, seorang diri dari arah belakang.


"Mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam lorong kecemasan dan melanggar bahagian bucu belakang kanan trak berkenaan," katanya, hari ini.


Nanda berkata, akibat kemalangan, mangsa parah di bahagian kaki kanan, muka dan kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.


"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..salam takziah utk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
X tau la nk ckp apa....mat motor ni sllu fikir emergncy lane ni laluan khas utk diorg, klau bwk moto punya la laju.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:40 AM | Show all posts
iye kan mat motor ni ingat emegency lane tu utk dorg,,,habau tau,
anak aku melalak kat hway rnr jauh,aku berenti la tepi jalan tu emergency lane,..
boleh plk beramai2 mat motor hon aku...
anat sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:44 AM | Show all posts
ini macam kalau hiway interstate macam kes ni, dari 3 lane kereta, lane paling kiri kena bagi motor.. semua kenderaan tak boleh guna lane kecemasan melainkan perlu berhenti..

ex5 speed 60km/j pun kena ride tengah2 lane yang paling kiri... kereta hon suh ketepi pun jangan layan, jangan sentuh lane kecemasan..adil..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:48 AM | Show all posts
bangkem pernah berhenti kat emergency lane

tetiba ada geng2 motor berhenti dan suruh bangkem alih kereta keluar jalan, naik atas rumput

dorang kata jangan berhenti atas emergency lane, itu laluan motor kata dorang.. entitled giler golongan nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 09:14 AM | Show all posts
aku penah jadi saksi eksiden mcmni. motor mencelah, tak nampak lori tengah benti tepi bammm hentam bucu lori melekat. walau pakai helmet darah mencurah2 keluar mcm air paip.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nilah yang a bang aku ckp kakinya utus tu. Pastu tercampak kat tgh jalan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060246 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list