Seorang lelaki di Jogjakarta menjadi tular kerana tidak pernah menggunting rambut uniknya selama empat tahun. AyoJakarta dipetik Kosmo! Online melaporkan, video disiarkan akaun TikTok @plecitklaten13 itu menunjukkan lelaki dengan gaya rambut afro berkenaan memasuki sebuah bilik. Ramai pengguna media sosial yang meninggalkan komen meluahkan rasa hairan dengan rambutnya yang sangat lebat dan tidak pernah digunting. Unik rambutnya kerana ia kelihatan berbeza daripada rambut afro lain kerana hampir menutupi matanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT