CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Pesan Jangan Siakan Pahala Puasa Dengan Pembaziran Makanan

23-3-2023 05:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7066| Komen: 8

Description: Umat Islam di negara ini dinasihati tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah b ...
Umat Islam di negara ini dinasihati tidak mensia-siakan pahala puasa di bulan Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian memandangkan sisa makanan daripada berbuka puasa menjadi penyumbang terbesar kepada tahap pembaziran makanan di bulan Ramadan.



IG

"Perkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir," menurut hantaran di laman sosial Istana Negara.

Seri Paduka Baginda juga bertitah dalam bulan yang mulia ini, ibadah sunat dan amalan kebajikan harus ditingkatkan, manakala ukhuwah sesama insan perlu diperkukuh di samping meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan merugikan.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.




"Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan sempurna supaya dapat digolongkan bersama orang-orang yang bertakwa di sisi Allah SWT," menurut hantaran itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 23-3-2023 07:49 AM
Terima kasih Tuanku atas ingatan. Besarlah harapan patik yg hina dina ini dan tiada ada upaya ini semoga budi bicara Tuanku yg Arif dapat juga bertitah kepada isu-isu yg lain dalam negara ini demi kebaikkan rakyat Tuanku. Mudah-mudahan..
Quote LadyCarefree 23-3-2023 09:37 AM
tergelak besar jap
Quote cikatilia 23-3-2023 09:48 AM
alhamdulillah now idok la membazar kuih muih sbb dah baper tahun mmg byk xsedap dari sedap
beli mmg xbaloi
Quote pekanwoohoo 23-3-2023 10:18 AM
Nak cakap lebih-lebih takut kena angkut pulak
Quote dekmieDandy 23-3-2023 04:14 PM
nak komen, tapi karang IP address detected
Quote ifanonline 23-3-2023 04:15 PM
ada ke isteri2 yg asyik makan luar aje, tak pandai masak sebab suami kaya?
Quote Clan204 23-3-2023 04:27 PM
yg ni kucing kata jangan... hahaha
Quote DARSITA 24-3-2023 08:17 AM

di istana agak agaknya apa menu makan Agong memandangkan isteri dia mmg suka masak macam macam.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051562 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top