Susulan kontroversi yang timbul, kelab malam Privacy Tun Razak tampil memohon maaf. Kelab itu dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pihaknya telah membatalkan acara pembukaannya yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan bagi menghormati sensitiviti kaum dan agama.
"Kami memohon maaf dan ingin memaklumkan bahawa program yang akan menampilkan 'Thai Hot Guy' pada hari pembukaan pada 30 Mac telah dibatalkan. "Privacy Tun Razak menghormati sensitiviti agama negara ini dan tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. "Segala edaran media berkenaan program ini adalah tanpa persetujuan kami, sekali gus memohon maaf atas kesilapan yang berlaku," menurut kenyataan itu. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penganjur aktiviti hiburan 'Thai Hot Guy' telah membuat keputusan untuk membatalkannya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan membatalkan program berkenaan dicapai dalam pertemuan antara penganjur dan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, petang tadi. Keputusan itu dibuat susulan pelbagai kecaman dan reaksi yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Sumber: Sinar Harian
|
kakikuDibibirmu replied at 23-3-2023 05:41 AM
Kelabul malami tersenyum sinis {:mlwa ...
Antifake replied at 23-3-2023 06:12 AM
Mintak maaf bukan sebab anjuran tapi diketahui umum. Kalau x ada orang bising dah lama merebak macam ...
kakikuDibibirmu replied at 23-3-2023 05:41 AM
Kelabul malami tersenyum sinis {:mlwa ...
ADVERTISEMENT