CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Cebu Pacific Air Mengalami Masalah Enjin Buat Pendaratan Cemas Di KKIA

23-3-2023 05:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6878| Komen: 0

Description: Sebuah pesawat jenis Airbus A320 milik Cebu Pacific Air membawa 92 penumpang dan anak kapal, dilaporkan mengalami masalah enjin dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kin ...
Sebuah pesawat jenis Airbus A320 milik Cebu Pacific Air membawa 92 penumpang dan anak kapal, dilaporkan mengalami masalah enjin dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi


Menurut laporan, pesawat itu berlepas dari Cebu di Filipina jam 7.55 malam dan dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan sebelum membuat pendaratan di KKIA dengan selamat jam 10.22 malam.


Sebuah pesawat milik Cebu Pacific Air membuat pendaratan cemas selepas dipercayai mengalami masalah enjin dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam tadi. -Foto: Ivan Amirul-

Difahamkan pesawat berkenaan dijadual mendarat di Singapura tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) KKIA jam 9.49 malam.


Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi berkenaan.

"Keadaan terkawal dan pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang dan anak kapal selamat.

"Siap siaga di lapangan terbang ditamatkan pada jam 10.29 malam," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.083630 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top