Kebakaran dipercayai akibat litar pintas menyebabkan orang ramai tidak sempat menunaikan solat tarawih apabila dewan solat utama Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa musnah. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.10 malam, 21 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada 7.17 malam melakukan kerja pemadaman di ruang masjid yang terjejas," katanya dalam kenyataan, semalam. Anggota mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran di ruang solat utama yang musnah 90 peratus. "Kebakaran tidak membabitkan sebarang mangsa, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian. "Kejadian berlaku pada 6.58 petang disebabkan litar pintas. Tiada kemalangan jiwa, dewan solat utama musnah terbakar," katanya. - CARI
|
ADVERTISEMENT