CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Tompokan Darah Pada Kain Buai Baby Syifaa

22-3-2023 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16113| Komen: 17

Description: Kain buai tempat Baby Syifaa ditemui maut di pusat asuhan dibasuh saksi ke-21, pemilik dan pengasuh kedua taska, Nadzirah Ahmad Damanhuri, 30, selepas kejadian pada 22 Februari lalu.Bagaimanapun, dala ...
Kain buai tempat Baby Syifaa ditemui maut di pusat asuhan dibasuh saksi ke-21, pemilik dan pengasuh kedua taska, Nadzirah Ahmad Damanhuri, 30, selepas kejadian pada 22 Februari lalu.

Bagaimanapun, dalam inkues kes kematian Nour Rania Asyifaa Yuseri yang masuk hari keenam hari ini, saksi ke-22 memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa masih terdapat penemuan kesan darah pada kain berkenaan.



PROSIDING inkues bagi menyiasat punca kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, berlsambung hari ini. FOTO Azrul Edham - Harian Metro

Ahli Kimia, Nurul Hamizai Abdul Hamid, 39, yang bertugas di Bahagian DNA Forensik Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya berkata, hasil keputusan makmal mendapati DNA pada kesan darah itu sepadan profil DNA bayi berkenaan.

"Kesan tompokan darah itu 'smear' sangat kecil dianggarkan berdiameter lima milimeter (mm) di bahagian kepala kain buaian.


"Bagi ekshibit (barang kes) lain iaitu pakaian mangsa dan permaidani (diambil dari taska) tidak menunjukkan kehadiran kesan darah," katanya.

Menurut Nurul Hamizai, beliau hanya mengetahui bahawa kain buaian itu sudah dibasuh sebelum dihantar ke makmal ketika memberi keterangan, hari ini.

Ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali inkues, Zahida Zakaria adakah DNA boleh termusnah atau menyusut sekiranya dibasuh, Nurul Hamizai berkata, ia bergantung pada tahap basuhan sama ada kesan darah itu masih dapat dikesan atau tidak.

Dalam pada itu, Nurul Hamizai memberitahu, terdapat penemuan kromosom XY sekurang-kurangnya tiga individu yang tidak mempunyai kaitan kekeluargaan pada pakaian Nour Rania Asyifaa yang diperoleh daripada keputusan DNA surih.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan siapa pemilik DNA itu, tetapi dia bersetuju terdapat kromosom lelaki.

Pada prosiding yang bersambung jam 2.30 petang, Nadzirah memberitahu dia membasuh kain buaian itu kira-kira jam 6 lebih kerana ia adalah rutin, malah tidak mengetahui ia punca kejadian.

Dia turut tidak bersetuju cadangan Peguam mewakili keluarga Syifaa, Gaithri Thomas yang mendakwa tindakannya membasuh buaian terbabit kerana mahu menghilangkan kesan darah padanya.

Peguam Hafiz Norkhan turut menyoal sama ada Nadzirah nampak kesan darah pada kain buaian itu ketika membasuhnya.

"Saya tak nampak apa-apa kesan darah kerana saya rabun dan tidak memakai cermin mata pada waktu itu," katanya.

Ketika ditanya soalan Hafiz mengenai cara membasuh kain buai, Nadzirah berkata dia meletakkannya di lantai bilik air sebelum meletakkan sabun dan menyiramnya dengan air sebelum membilasnya sehingga hilang buih.

Nadzirah juga memberitahu, polis yang datang ke taska berkenaan untuk membuat siasatan pada hari kejadian tidak bertanyakan berkenaan kain buaian itu yang didapati basah kerana dibasuh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tom2 22-3-2023 11:42 PM
Ada 3 individu tu dan ada lelaki. Takkan la pengasuh tak tau. Lepas tu cakap, basuh sebab x nampak darah, rabun. Darah warna yang berbeza kot. Fishy sangat
Quote primarikey 22-3-2023 11:54 PM
Bau ikan sgt
Semoga urusan YY dan isteri dipermudahkn
Quote dua_chzy 23-3-2023 12:29 AM
May justice prevail.

Sapa2 yang cover up kes ni memang sial dan syaitan.
Quote dua_chzy 23-3-2023 12:31 AM
Porumer2 yang ramai2 kutuk Yuseri perasan anaknya dibunuh pada tahun 2021, moga terbuka mata la huntok melihat memang something wrong something fishy sangat kes ni dari awal sampai akhir siasatan.
Quote doubleA 23-3-2023 02:09 AM
Semoga yuseri menang. Yg subahat, bunuh, selindung semoga tak tenang sebab bunuh budak forever
Quote miss_strangers 23-3-2023 05:19 AM
Mcm pelik kes ni xglemer
Quote sherryda 23-3-2023 06:03 AM
Semoga YY & family tetap kuat dan kematian baby Syifaa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Dah lama sgt dingdong-dingdong kes sampai pengasuh sempat preggy buat anak.
Quote anony-mous 23-3-2023 06:28 AM
dua_chzy replied at 23-3-2023 12:31 AM
Porumer2 yang ramai2 kutuk Yuseri perasan anaknya dibunuh pada tahun 2021, moga terbuka mata la hunt ...

Kesian sgt kes ni. Xkisah la perangai bapak dia mcm mana pon tp apa yg jd dkt ank dia mmg sgt2 xpatut. Fishy betul x viral kaw2. Kes ni patut disebut2 tiap bulan. Patut viral smpai luar negara
Quote bulanbulat 23-3-2023 08:41 AM
dua_chzy: Porumer2 yang ramai2 kutuk Yus ...


Simpati dengan nasib anaknya, dan bapaknya. Setuju kes ni suspicious. Ada motif/kecuaian dan IO dibayar utk diam dan tutup case.

Tapi perangai hangsuang YY tu, buat org malas nak. . Delusional
Quote awekjepun 23-3-2023 09:37 AM
Kes ni memang pelik. Polis bantu suspek.. layan parents baby ni mcm parents baby ni penjenayah plak.
Quote tompie 23-3-2023 09:47 AM
awekjepun replied at 23-3-2023 09:37 AM
Kes ni memang pelik. Polis bantu suspek.. layan parents baby ni mcm parents baby ni penjenayah plak.

Exactly..
Aku tak nak komen pasal konspirasi bagai.
Yang aku tau, mcm ada a bit of cover up by pihak berkuasa.. dan bile YY asak terlebih sangat, diorang jadik ultra defensive dan treat YY ni mcm musuh..
Padahal aku rasa takde apa pun..
Kematian mungkin ada sebab negligence di pihak nursery.
Yang aku tak setuju bila YY nak claim konspirasi bagai, ada bigger power nak senyapkan dia la... delusional gile..
pastu nak kaitkan dengan covid dan vaccine.. adoi.. sebab tu lah orang ramai dah malas nak follow sangat..

Quote lkick2113 23-3-2023 10:20 AM
tompie replied at 23-3-2023 09:47 AM
Exactly..
Aku tak nak komen pasal konspirasi bagai.
Yang aku tau, mcm ada a bit of cover up by pih ...

ye, dia masukkan segala mak nenek teori konspirashit tu yg bagi aku tak betul, kalau dia nak tekankan pasal cover up tu ok lagi

Quote tompie 23-3-2023 11:02 AM
lkick2113 replied at 23-3-2023 10:20 AM
ye, dia masukkan segala mak nenek teori konspirashit tu yg bagi aku tak betul, kalau dia nak tekan ...

Yes.. betul... aku rasa mmg benda ni banyak cover up demi cover up
That's it..
Quote awekjepun 23-3-2023 07:30 PM
tompie replied at 23-3-2023 09:47 AM
Exactly..
Aku tak nak komen pasal konspirasi bagai.
Yang aku tau, mcm ada a bit of cover up by pih ...

Bab vaksin tu aku pernah terfikir jugak ada kaitan sebab lepas seminggu yy hebohkan pasal kes adik aina yg lumpuh lepas cucuk vaksin la baby dia meninggal. Adik aina tu sihat, lepas cucuk je terus lumpuh. Kira bukti jelas vaksin tu mudarat. Aku kkdg fikir mgkin ada kaitan dgn kes adik aina. Kalau setakat bantu staf gomen or swasta xnak cucuk, ngo lain pun ada bantu jugak. Tp kes adik aina lain..yy je
Quote dua_chzy 24-3-2023 04:38 AM
awekjepun replied at 23-3-2023 11:30 AM
Bab vaksin tu aku pernah terfikir jugak ada kaitan sebab lepas seminggu yy hebohkan pasal kes adik ...

Bukankah relentless fight si YY ni guna antara penyebab gomen berlembut pasal vaksin juga pasal bantuan2 segala yang memula staf gomen tanak beksin tak dapat tapi hujung2 dapat juga?
Quote dua_chzy 24-3-2023 04:39 AM
tompie replied at 23-3-2023 03:02 AM
Yes.. betul... aku rasa mmg benda ni banyak cover up demi cover up
That's it..

Untuk apa?

Pengasuh tu sapa ja sampai polis nak cover up untuk dia? Berapa juta ja dia mampu bayar untuk tutup mulut polis?

Aku tak rasa YY delusional. Memang ada yang nak dia jatuh dan merana. Tapi tak tau sapa.
Quote awekjepun 24-3-2023 10:59 AM
dua_chzy replied at 24-3-2023 04:38 AM
Bukankah relentless fight si YY ni guna antara penyebab gomen berlembut pasal vaksin juga pasal ba ...

Betul. Semua aku sokong. Tapi langkah yy yang paling berani pasal adik aina la. Bukti kukuh keburukan vaksin. Akhirnya nyawa baby syifa jd taruhan. Mmg aku simpati pd yy dan isteri. Kes ni mmg nmpk mcm mana undang2 kat msia.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047589 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top