Seekor kucing tular kerana menyertai persembahan muzik jalanan di Taiwan dengan aksinya yang mencuit hati. Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @0110maojian itu memaparkan aksi duet kucing tersebut ketika tuannya menyanyikan lagu Mandarin yang popular.
Menurut Mothership, lagu itu pada asalnya sememangnya menampilkan bunyi mengiau secara berulang yang dibuat oleh seekor kucing. Baris pertama lagu itu diterjemahkan kepada: “Kita boleh belajar mengiau seperti kucing, kita seperti meow meow meow meow meow.” Kucing tersebut memberikan kerjasama ketika persembahan dengan menyanyikan ‘meow’ yang terakhir pada hujung baris ayat pertama.
Lebih menarik perhatian orang ramai adalah apabila seorang lagi penghibur yang teruja membawa kucing tersebut pada mikrofon. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu ketawa dan penghibur tersebut melompat gembira atas kerjasama daripada kucing berkenaan. Video itu mendapat perhatian netizen di ruanga komen. Sumber: Kosmo
|
clarizsa replied at 22-3-2023 09:56 PM
Palahotak depa la sial punya manusia
Terlompat lompat gegar abis meow tu
Tengok pun nampak meow tu s ...
prettyuglybabe replied at 23-3-2023 11:58 AM
oh.. tak boleh ye dukung macam tu?
i suka gomol-gomol kucing i macam tu..
tapi kejap je dia dah ri ...
zehra2 replied at 23-3-2023 04:11 PM
pernah tk baca novel kucing?
dari muka depan sampai kulit blkg.
tulis meow meow meow je.. ada plak ...
ADVERTISEMENT