Niat seorang gadis kurang upaya (OKU) berusia 21 tahun membeli makanan terbantut selepas menjadi mangsa cabul di dalam sebuah tandas masjid. Berikutan kejadian, seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang Utara, Kompol Samsono, kejadian berlaku di tandas sebuah masjid di Bekasi, dekat Jakarta, Indonesia. "Kejadian yang menimpa wanita itu berlaku ketika dia sedang berjalan untuk membeli makanan. "Tiba-tiba mangsa telah dipanggil oleh suspek yang berada di dalam tandas masjid tersebut. "Mangsa kemudian menghampiri suspek ke tandas masjid sebelum dia dicabul," katanya. Perbuatan itu disedari jawatankuasa masjid yang kemudian bertindak pantas dengan menangkap suspek. Memetik laporan Kompas, wanita tersebut ditemani ibu bapanya ke balai polis, manakala suspek berusia 27 tahun itu juga segera dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Suspek kemudian mengaku mencabul mangsa sebanyak dua kali. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT