CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Disangka Duda Anak Satu Sebab Terlampau Rapat Dengan Adik- Hari Nikah Pun Kecoh Sebab Merajuk Tak Bagi Abang Kahwin

22-3-2023 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6185| Komen: 15

Description: Majlis nikah seorang lelaki kecoh apabila adiknua merajuk setelah abangnya sah diijabkabulkan dengan pasangannya.
Majlis nikah seorang lelaki kecoh apabila adiknua merajuk setelah abangnya sah diijabkabulkan dengan pasangannya.

Menurut pengantin lelaki, Muhamad Haris Fadzrie Nordin, dia melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya pada 17 Mac baru-baru ini di Pasir Gudang, Johor.


Pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, insiden membabitkan adik lelakinya yang berumur sembilan tahun itu berlaku sejurus selepas pernikahan.



"Selepas nikah, saya salam dengan keluarga... lepas salam ayah dan ibu, adik di sebelah dah mula menangis.

"Sebelum tu dia bertanya kepada saya, Mika (panggilan nama adik) nak duduk dengan siapa nanti kalau semua dah tak ada?" katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Haris atau Wak, katanya, hubungannya dengan adik bongsu begitu rapat jika dibandingkan dengan adik-beradik lain.

"Banyak aktiviti dan masa diluangkan bersama. Kalau di rumah, memang kami selalu bergurau senda, saya suka menyakat dia. Boleh katakan kami 'sekepala'," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik.


Berasal dari Pasir Gudang, katanya, hubungan akrab dengan adik bongsu membuatkan orang sekeliling tersalah anggap mengenai status dirinya.



"Sampaikan ada orang cakap saya pernah berkahwin dan dah ada anak. Mereka tak berapa mengenali saya sangka saya ni duda anak satu... saya rasa kelakar.

"Mana tidaknya, sejak adik masih kecil sampai sekarang, saya dalam kalangan adik-beradik yang sering bawa dia ke mana-mana," katanya.

Menurut Haris, tanggapan pertama itu turut berlaku ketika fasa mengenali isterinya sebelum mendirikan rumah tangga.

"Saya dan isteri berkenalan kira-kira setahun. Masa mula-mula kenal tu pun, dia (isteri) ingat saya ni pernah berkahwin, duda anak satu.

"Berkali-kali juga saya yakinkan dia yang saya masih bujang, dan 'anak' itu adalah adik bongsu. Saya siap tunjuk gambar-gambar keluarga sebagai bukti.

"Isteri kaki siasat, semua orang dia tanya pasal status saya. Sehinggalah saya bawa dia jumpa famili saya, dan perkenalkan ahli keluarga termasuk adik. Barulah dia lega," ujarnya secara berseloroh.

Haris yang merupakan juruteknik bagaimanapun menjelaskan bahawa isterinya bukan mempertikaikan status dirinya, tetapi mahu kejujuran dalam perhubungan.

"Mungkin kerana hubungan saya dan adik sangat rapat menyebabkan kami lebih nampak sebagai ayah dan anak, berbanding abang dan adik.

"Adik bongsu saya ni manja, hati dia memang tisu. Masa dia merajuk tu, saya puas pujuk pun tak 'jalan'. Sudahnya mak yang pujuk adik.

"Tapi saya ada beritahu adik, saya tetap abang dia walaupun saya kini suami orang. Dan dia juga ada adik-beradik lain yang juga sayangkan dia," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 22-3-2023 12:58 PM
dulu the first dalam bradik yang kawin, cenggini la aku
Quote Antifake 22-3-2023 01:11 PM
I feel you dik
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:42 PM
itu ler. aku sejak umo 10 tahun dah dukung, jaga adik2 aku semua

sampai la besor, ada je baby nak kena dukung, jaga, ajak bermain

nak kawen masing2 lalak
Quote talapia 22-3-2023 02:12 PM
alamak.. aku terbayangkan anak aku pulak nanti camni ke? haha..
gap takde la berpuluh tahun. 13 tahun gap si sulong dgn bongsu.
Tapi sebab si sulung dah besar masa dapat adik kecik.. so dia banyakla dukung layan adiknya.. sakat no 1..  haha
Quote supernaturalee 22-3-2023 02:17 PM
"Sebelum tu dia bertanya kepada saya, Mika (panggilan nama adik) nak duduk dengan siapa nanti kalau semua dah tak ada?" katanya kepada mStar.


mcm  gini pny soalan tny kt budak umur 9 tahun
mmg la meraung


Quote prince_marhaen 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia yg banyak jaga aku masa kecik (sampai skrg ni pun masih lagi amik berat ) ... masa dia kawin tu aku dah bad mood dah sebab macam abang ipar aku tu perampasss...hahahahahah dah lah abang ipar jenis tak mesra ngan orang... nak kan kakak aku je...gittew aku tak suka kan.. masa dia nikah tu aku dah berjurai dah air mata, masa nak sanding aku boikot takmo pakai baju cantik, aku pakai baju duk rumah treksut bodo tu je..sampai skrg akak aku mengungkit ye gambo tak lawo..hahahaha lepas dia sanding tu aku drama ye duduk bawah paip air sambil air mengalir tunggu kakak aku pujuk....tidak ye nok...dia pergi stay hotel ngan laki dia....last2 kena sesah ngan batang paip ngan abah aku...hahahahahahahahaha... cerita ni turun temurun sampai anak-anak buah aku kena warning sepupu sepapat rapat kawin jangan nangis macam paksu....siellll!!! hahahaha
Quote che-cikL 22-3-2023 03:46 PM
SEMASAnya isu ni
Quote supernaturalee 22-3-2023 03:49 PM
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...

owh ni paksu???
igtkan maksu



Quote ifanonline 22-3-2023 03:50 PM
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...

tersenyum aku baca kisah ko ni...it goes to show true love is real, apabila kita tiada pangkat dan harta

sebab tu nasihat abang kpd adik2, kalau nak cari true love, cari lah semasa kita muda...kalau dah capai umur andartu, true love does not exist above 28 years of age
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 05:18 PM
prince_marhaen replied at 22-3-2023 03:43 PM
HAHAHAHAHA...this is legit! Kakak aku kahwin masa aku umur 10 tahun. Kitorang paling rapat sebab dia ...

part kena sesah terus ngekek i ketawa..
Quote white_musk 22-3-2023 05:21 PM
prettyuglybabe replied at 22-3-2023 05:18 PM
part kena sesah terus ngekek i ketawa..

mengada ngada betul...
akak adik beradik kahwin pun tidak menangis..

semuanya happy
Quote rosedemon 23-3-2023 10:14 AM
kesahhhh kesah kesahhhhh
Quote kelip2_07 23-3-2023 10:32 AM
nie bdk kecik ok la..rs jeles ..plg aku xleh blah ko dh bsr pastu adik pompuan plk..bl abg nk kawin fefeeling laki ko kena rampas plk..mmg mlg la klu kawin ngan laki yg ade satu2nye ade pompuan..asik2 nk merajuk..nk kena utamakn dia
Quote clarizsa 23-3-2023 11:01 AM
Kawin perkara gembira nak perangai nangis nangis kenapa pulak
Quote prettyuglybabe 23-3-2023 11:49 AM
white_musk replied at 22-3-2023 05:21 PM
mengada ngada betul...
akak adik beradik kahwin pun tidak menangis..

alah.. budak kaka white..
biasa la emosi budak-budak macam tu..
kita adik beradik masa kawin semua dah besar panjang..
so mesti la rasa happy di hari bahagia dorang..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.419728 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top