CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4457|Reply: 2

Gadis OKU Nak Beli Makanan Dicabul Dalam Tandas Masjid

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Niat seorang gadis kurang upaya (OKU) berusia 21 tahun membeli makanan terbantut selepas menjadi mangsa cabul di dalam sebuah tandas masjid.


Berikutan kejadian, seorang lelaki didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ditahan polis.




Gambar hiasan




Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang Utara, Kompol Samsono, kejadian berlaku di tandas sebuah masjid di Bekasi, dekat Jakarta, Indonesia.


"Kejadian yang menimpa wanita itu berlaku ketika dia sedang berjalan untuk membeli makanan.


"Tiba-tiba mangsa telah dipanggil oleh suspek yang berada di dalam tandas masjid tersebut.


"Mangsa kemudian menghampiri suspek ke tandas masjid sebelum dia dicabul," katanya.


Perbuatan itu disedari jawatankuasa masjid yang kemudian bertindak pantas dengan menangkap suspek.


Memetik laporan Kompas, wanita tersebut ditemani ibu bapanya ke balai polis, manakala suspek berusia 27 tahun itu juga segera dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.


Suspek kemudian mengaku mencabul mangsa sebanyak dua kali.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 01:30 PM | Show all posts
biasa la kut cerita geng2 friska

mana sheols? nick dah kena benam ke or dah bersalin kulit?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lahai. dlm masjid pn nak buat hal. nafsu binatang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062066 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list