Bukan kerana kemahirannya yang unik, sebaliknya profil seorang pengguna laman web LinkedIn menjadi tular kerana terlalu kerap bertukar kerja. Menariknya, semua syarikat di mana pengguna akaun itu bekerja mengalami kegagalan, lapor NDTV.
Bukan itu sahaja, pengguna itu bahkan baru sahaja menyertai syarikat Credit Suisse yang dibeli oleh gergasi perbankan Switzerland, USB. Profil itu tular selepas ia disiarkan di LinkedIn dan Twitter seorang wartawan Bloomberg, Trung Phan. Senarai pekerjaan individu tersebut didedahkan iaitu bermula pada Mac 2012, dia menyertai syarikat Theranos yang akhirnya ditutup kerana dakwaan penipuan. Pekerja itu kemudian berhenti selepas lima tahun bekerja dan menyertai syarikat WeWork pada April 2017. Dua tahun kemudian, dia terpaksa meninggalkan WeWork kerana ia menggugurkan saham terbitan awam (IPO) apabila pelabur membangkitkan kebimbangan mengenai kekuatan kewangan, hutang dan amalan tadbir urus korporat syarikat. Individu tersebut kemudian menyertai syarikat mata wang kripto, FTX pada 2020 tetapi ia juga runtuh menjelang 2022. Dia kemudian menyertai Silicon Valley Bank (SVB) dan bekerja selama tujuh bulan sebelum ia runtuh pada Mac tahun ini. Pekerjaan terbaru individu tersebut adalah di Credit Suisse yang juga telah terjejas oleh kegawatan dalam pasaran kewangan dan dibeli oleh Kumpulan UBS. Sumber: Kosmo
|
krustykrab replied at 22-3-2023 02:05 PM
Tak baik la tuduh org sial
Mula² baca tajuk ingatkn dia yg gagal.
ADVERTISEMENT