Sebuah sekolah menerima pujian ramai apabila membuat sesi suai kenal bersama ‘mak cik kantin’. Video yang dimuat naik oleh @ckzlinazali menyaksikan kesemua mak cik berkenaan memegang nama masing-masing sambil berjalan di atas pentas.
“Minggu ini ‘ice-breaking’ dengan mak cik kantin. Murid pun perlu kenal takut tertukar dengan cikgu. Maklumlah semuanya cantik-cantik belaka,” tulisnya dalam kapsyen video itu. Di ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang berpendapat bahawa usaha pihak sekolah adalah sesuatu yang harus dipuji. “Bagus betul. Tidak lah budak-budak meremehkan mana-mana individu dalam sekolah,” komen Puteri. “Kadang-kadang itu idea tidak dijangka, dulu hanya perkenalkan guru-guru sahaja. Tetapi ada yg tertinggal, semua penting untuk keselamatan anak-anak,” komen Shah.
“Bagus idea luar kotak, sekali gus menghargai segenap lapisan yang bergelar warga sekolah. Tahniah,” komen seorang pengguna yang lain pula. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT