CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Lah Guna Nama Tun Razak, Program Thai Hot Guy Dikecam Cemar Keberkatan Ramadan

22-3-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6077| Komen: 18

Penganjuran program Thai Hot Guy dikecam Dewan Ulama Pas Pusat kerana boleh mencemarkan imej negara di mata umat Islam seluruh dunia.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia yang bakal disambut umat Islam pada Khamis.


Menurutnya, kehadiran kumpulan terbabit disifatkan menjijikkan, tidak senonoh serta mendorong ke arah mempromosi ideologi dan perlakuan songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dalam negara.


FB KL Now

"Saya mengecam sepenuhnya penganjuran program Grand Opening Privacy Club Tun Razak dengan Thai Hot Guy disenarai sebagai jemputan dalam program tersebut.

"Kumpulan Thai Hot Guy yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran yang diamalkan di Malaysia.

"Ia juga bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," katanya di Facebook pada Selasa sambil menyifatkan keadaan itu bertentangan dengan prinsip Madani.

Beliau menegaskan, program itu juga seolah-olah mempromosikan selain menjadi tarikan golongan gay untuk berkembang di negara ini sekali gus menyumbang kepada implikasi terhadap perkembangan penyakit HIV.

Menurut Ahmad, laporan 'Malaysian Strategic Plan for Ending AIDS menjelaskan golongan Men Sex with Men (MSM) atau bahasa mudahnya gay merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV ketika ini.

Justeru, beliau menyarankan kepada pihak berwajib mengambil beberapa langkah termasuk menyekat penganjuran program tersebut bagi menghalang kehadiran kumpulan songsang dari Thailand terbabit yang tidak memberi manfaat kepada negara.

"Langkah yang tegas wajar dikuat kuasa bagi mengelakkan daripada golongan sebegini terus berkembang dalam negara.

"Ketiga adalah menyediakan pelan tindakan bagi memperuntukkan undang-undang atau dasar yang tegas terhadap kumpulan mempromosi ideologi serta perlakuan LGBT bertentangan dengan agama, budaya dan fitrah seorang manusia," ujarnya.

Pada Isnin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki macho di sebuah bar di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 22-3-2023 11:26 AM
opeNNing?  pening sangat dah ke?
Quote slyfynx 22-3-2023 11:28 AM
grand OPENNING eh?
Ko dah Oh pening ke?
Quote otai_g 22-3-2023 11:32 AM
Welcome to ph era

Ini yg kita mahukan tuan2 puan2.
Quote hyie 22-3-2023 11:47 AM
lebih baik bukak cafe yang macam kat omputih tu marah2 konsepnya, lupa namanya apa, kat indon ada bukak jugak.
Quote -Suri- 22-3-2023 11:51 AM
Bongoknya, speechless tgk poster
Quote Ahriman 22-3-2023 01:01 PM
Hot celah acik dia..
Quote Abahmung 22-3-2023 01:08 PM
Thai Hot Guy: Amanah hantar bantahan pada DBKL
Diterbitkan:  Mar 22, 2023 12:43 PM



Parti-parti Melayu-Islam tidak kira pembangkang dan kerajaan hari ini senada membantah acara pembukaan sebuah kelab malam di Kuala Lumpur yang menampilkan lelaki berpakaian dalam wanita “Thai Hot Guy.

Pemuda Amanah turut tampil melakukan perkara sama manakala Pemuda Bersatu pula akan membuat laporan polis sebentar lagi.

Menyifatkan acara itu sebagai “jijik, bidab dan tidak menghormati Ramadan”,

Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda berkata mereka akan menghantar surat bantahan kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur  (DBKL)

Katanya, mereka akan memohon DBKL menguatkuasakan larangan acara terbabit serta acara seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.

“Pemuda Amanah percaya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan DBKL akan mengambil langkah-langkah tegas menangani hal ini,” katanya.

PAS pagi ini menggesa pihak berkuasa terutamanya DBKL menimbang semula kebenaran untuk acara pembukaan sebuah kelab malam pada 30 Mac ini.



Quote becir 22-3-2023 01:21 PM
Aler sebenarnya nak join kan kan kan... tunggula habis romdan, tak lama sebulan je.  [em:4:]
Quote che-cikL 22-3-2023 01:31 PM
slyfynx replied at 22-3-2023 11:28 AM
grand OPENNING eh?
Ko dah Oh pening ke?

Dia orang nak highlight openness tu lah gaknya.
Quote sharlenetexas 22-3-2023 01:42 PM
Gi foodcourt kat telen ajelah nk jumpa hot guys ni.


Quote Kurex 22-3-2023 01:46 PM
Tak best la event ni.. sebab semuanya kulop
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:59 PM
yuck

tengok gambar poster pun dapat bau cirit
Quote dua_chzy 22-3-2023 02:01 PM
Kurex replied at 22-3-2023 05:46 AM
Tak best la event ni.. sebab semuanya kulop

Aiols pun tak minat kulop.
Quote SWORKS27 22-3-2023 02:20 PM
anda pasti lelaki itu gay ??
anda pasti yg datang menonton nti pun gay ?

kalau  x pasti...tarik balikkkk

Quote matseh 22-3-2023 02:24 PM
So what menteri KPKT?
Quote AbukRokok 22-3-2023 02:53 PM
mesti owner club org kuat gerakan
Quote ally9970 22-3-2023 04:44 PM
Nanti keluarlah statement, permit dah issue dan diluluskan oleh kerajaan terdahulu...
Quote mojarean_X 22-3-2023 05:09 PM
Ini semua agenda PN utk memecah belahkan rakyat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.086414 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top