View: 5813|Reply: 18
|
Dah Lah Guna Nama Tun Razak, Program Thai Hot Guy Dikecam Cemar Keberkatan Ramadan
[Copy link]
|
|
Penganjuran program Thai Hot Guy dikecam Dewan Ulama Pas Pusat kerana boleh mencemarkan imej negara di mata umat Islam seluruh dunia.
Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia yang bakal disambut umat Islam pada Khamis.
Menurutnya, kehadiran kumpulan terbabit disifatkan menjijikkan, tidak senonoh serta mendorong ke arah mempromosi ideologi dan perlakuan songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dalam negara.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/22/112320fiy180uqz5yypide.jpg) FB KL Now
"Saya mengecam sepenuhnya penganjuran program Grand Opening Privacy Club Tun Razak dengan Thai Hot Guy disenarai sebagai jemputan dalam program tersebut.
"Kumpulan Thai Hot Guy yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran yang diamalkan di Malaysia.
"Ia juga bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997," katanya di Facebook pada Selasa sambil menyifatkan keadaan itu bertentangan dengan prinsip Madani.
Beliau menegaskan, program itu juga seolah-olah mempromosikan selain menjadi tarikan golongan gay untuk berkembang di negara ini sekali gus menyumbang kepada implikasi terhadap perkembangan penyakit HIV.
Menurut Ahmad, laporan 'Malaysian Strategic Plan for Ending AIDS menjelaskan golongan Men Sex with Men (MSM) atau bahasa mudahnya gay merupakan penyumbang utama kepada penyakit HIV ketika ini.
Justeru, beliau menyarankan kepada pihak berwajib mengambil beberapa langkah termasuk menyekat penganjuran program tersebut bagi menghalang kehadiran kumpulan songsang dari Thailand terbabit yang tidak memberi manfaat kepada negara.
"Langkah yang tegas wajar dikuat kuasa bagi mengelakkan daripada golongan sebegini terus berkembang dalam negara.
"Ketiga adalah menyediakan pelan tindakan bagi memperuntukkan undang-undang atau dasar yang tegas terhadap kumpulan mempromosi ideologi serta perlakuan LGBT bertentangan dengan agama, budaya dan fitrah seorang manusia," ujarnya.
Pada Isnin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki macho di sebuah bar di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
opeNNing? pening sangat dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
grand OPENNING eh?
Ko dah Oh pening ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome to ph era ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Ini yg kita mahukan tuan2 puan2. |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik bukak cafe yang macam kat omputih tu marah2 konsepnya, lupa namanya apa, kat indon ada bukak jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bongoknya, speechless tgk poster |
|
|
|
|
|
|
|
Thai Hot Guy: Amanah hantar bantahan pada DBKL
Diterbitkan: Mar 22, 2023 12:43 PM
![](https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/5b66ce1974d2a77c333e3b1bcde2a19d.jpg=s800)
Parti-parti Melayu-Islam tidak kira pembangkang dan kerajaan hari ini senada membantah acara pembukaan sebuah kelab malam di Kuala Lumpur yang menampilkan lelaki berpakaian dalam wanita “Thai Hot Guy.
Pemuda Amanah turut tampil melakukan perkara sama manakala Pemuda Bersatu pula akan membuat laporan polis sebentar lagi.
Menyifatkan acara itu sebagai “jijik, bidab dan tidak menghormati Ramadan”,
Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda berkata mereka akan menghantar surat bantahan kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)
Katanya, mereka akan memohon DBKL menguatkuasakan larangan acara terbabit serta acara seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.
“Pemuda Amanah percaya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan DBKL akan mengambil langkah-langkah tegas menangani hal ini,” katanya.
PAS pagi ini menggesa pihak berkuasa terutamanya DBKL menimbang semula kebenaran untuk acara pembukaan sebuah kelab malam pada 30 Mac ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aler sebenarnya nak join kan kan kan... tunggula habis romdan, tak lama sebulan je. [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 22-3-2023 11:28 AM
grand OPENNING eh?
Ko dah Oh pening ke?
Dia orang nak highlight openness tu lah gaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Gi foodcourt kat telen ajelah nk jumpa hot guys ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak best la event ni.. sebab semuanya kulop |
|
|
|
|
|
|
|
yuck
tengok gambar poster pun dapat bau cirit |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 22-3-2023 05:46 AM
Tak best la event ni.. sebab semuanya kulop
Aiols pun tak minat kulop. |
|
|
|
|
|
|
|
anda pasti lelaki itu gay ??
anda pasti yg datang menonton nti pun gay ?
kalau x pasti...tarik balikkkk
![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti owner club org kuat gerakan |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti keluarlah statement, permit dah issue dan diluluskan oleh kerajaan terdahulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua agenda PN utk memecah belahkan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|