View: 29184|Reply: 25
|
[Jenayah]
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
[Copy link]
|
|
Edited by ^CUN_GILA~. at 9-2-2025 10:40 PM
Malaysia kehilangan seorang permata, pelajar Perkaunan terbaik di dunia maut dirempuh Alza.
Seorang pelajar cemerlang dalam bidang perakaunan yang pernah meraih tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan (FIA) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), maut dalam satu kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa mangsa, Aysar Zahran Saiful Alimin, 20, yang tidak bekerja, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang memasuki laluan bertentangan dalam kejadian sekitar jam 4.45 petang.
Kemalangan tersebut turut melibatkan tiga motosikal lain serta sebuah kereta jenis Perodua Bezza, di mana kesemua kenderaan sedang dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Ampang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima individu lain, termasuk penunggang dan pembonceng motosikal, mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
“Pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, dan difahamkan semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini berusia antara 17 hingga 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa pemandu Perodua Alza, seorang lelaki berusia 27 tahun, telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini. Kenderaannya telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tujuan pemeriksaan, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Insp Narolhisyam Endi, di talian 019-5897115.
Pelajar Cemerlang dengan Rekod Akademik Membanggakan
Sementara itu, Tymba Education Group melalui hantaran di akaun Instagram mereka memaklumkan bahawa Aysar Zahran merupakan bekas penuntut mereka yang cemerlang.
Beliau pernah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan FIA ACCA bagi kertas Management Information 1 (MA1) pada Disember 2023, sekali gus membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademik. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Moga diampunkan dosa kau dik
Sedih... hilang permata negara, orang cerdik pandai
Moga dapat balasan setimpal pemandu yg cuai |
|
|
|
|
|
|
|
Alza tu masuk laluan bertentangan kan? Celaka betul la..geram sgt ngan geng pandu lawan arus..ko nk bunuh diri sgt gi makan racun..jgn nk mati pun menyusahkan org lain..arghh geramn |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Sayunya baca |
|
|
|
|
|
|
|
Cemerlang tahun 2023, menganggur 2025.
Sebab tu penting pilih bidang akademik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je org muda2 innalilah sbb motosikal |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 10-2-2025 01:16 AM
Cemerlang tahun 2023, menganggur 2025.
Sebab tu penting pilih bidang akademik.
Ambik ACCA ni mmg terus masuk kerja. Ikutkan mcm arwah ni tamat pengajian hujung tahun ni, january 2026 dah start keje tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 10-2-2025 01:16 AM
Cemerlang tahun 2023, menganggur 2025.
Sebab tu penting pilih bidang akademik.
Maybank scholar arwah ni. Lom start keje lg. |
|
|
|
|
|
|
|
arwah take a break dulu kot
slps berhempas pulas utk exam akaun tu
alfatihah buat adek
takziah utk family & kenalan
|
|
|
|
|
|
|
|
ye
tp arwah ni accident naik moto bkn salah dia
![](static/image/smiley/default/sad.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-2-2025 08:02 AM
ye
tp arwah ni accident naik moto bkn salah dia
Bukan nak cerita siapa salah tapi kalau accident, yang naik motor ni lebih vulnerable.
BTW, kita pun masih tak tau what exactly happened there.
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah...dah smp ajal dia... |
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 10-2-2025 07:35 AM
Ambik ACCA ni mmg terus masuk kerja. Ikutkan mcm arwah ni tamat pengajian hujung tahun ni, january ...
Kalau betul kesian iya...tapi dah ajal, ketentuan Allah...mungkin ada yang lebih baik untuk di akhirat who knows.
Jalan raya Malaysia memang tak selamat, pemandunya banyak tak tengok signboard jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-2-2025 08:21 AM
Bukan nak cerita siapa salah tapi kalau accident, yang naik motor ni lebih vulnerable.
BTW, kita ...
Aku pernah cakap, aku tak nak anak2 aku menunggang motor...kalau aku ada anak sikit.
But now masih single....so jaga diri sendiri je.![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 10-2-2025 08:00 AM
arwah take a break dulu kot
slps berhempas pulas utk exam akaun tu
Wartawan ni pun tak patut mention part kerja tak kerja tu.
Takut nanti content creator dan tiktoker guna artikel ni supaya budak2 tak sekolah, buat content bodoh2 kat dalam bilik duit masyuk katenye, tak payah nak eksiden2![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 10-2-2025 12:42 PM
Wartawan ni pun tak patut mention part kerja tak kerja tu.
Takut nanti content creator dan tiktok ...
betul..wartawan pun bodoh buat ayat..masa baca berita tu pun i terpikir, dah kenapa sebut dia tidak bekerja..bunyi mcm penganggur pulak..dia masih belajar..sebut la samada pelajar atau penuntut.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|