CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Kekasih Cristiano Ronaldo Hilang 11 Juta Follower Di Instagram

22-3-2023 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5568| Komen: 4

Description: London: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Irina Shayk kehilangan jutaan pengikut di Instagram kurang daripada 24 jam selepas pasangan itu memutuskan hubungan istimewa mereka.Wanita jelita dari Rus ...
London: Bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Irina Shayk kehilangan jutaan pengikut di Instagram kurang daripada 24 jam selepas pasangan itu memutuskan hubungan istimewa mereka.

Wanita jelita dari Rusia itu yang menjalin hubungan dengan Ronaldo antara 2010 sehingga 2015 menggesa peminat tidak mengikutinya jika mereka hanya mengetahuinya sebagai bekas teman wanita Cristiano Ronaldo pada 2016 yang mencetuskan impak serta merta.


Dia kehilangan 11 juta pengikut dalam tempoh kurang satu hari, sekitar 75% daripada jumlah keseluruhan ketika itu sekali gus menggambarkan impak besar Ronaldo ke atas kemasyhuran Irina.


Foto: IG

Kedua-dua mereka bertemu pada 2009 sejurus selepas Ronaldo berpindah ke Real Madrid dari Manchester United dengan harga rekod dunia £80 juta (RM438 juta) dan mula berhubungan selepas itu.

Perhubungan mereka berakhir pada penghujung Januari 2015 disebabkan dakwaan Irina mahukan anak manakala Ronaldo belum bersedia dan lebih menumpukan kepada kariernya yang sedang memuncak ketika itu.


Terdapat juga khabar mereka bergaduh selepas model terkenal itu enggan menghadiri parti hari jadi ibu Ronaldo.

Beberapa bulan selepas perpisahan mereka, Irina menemui kekasih baharu selebriti Bradley Cooper manakala Ronaldo menjalinkan hubungan dengan model Argentina Georgina Rodriguez pada 2016.

Hubungan mereka kekal sehingga kini dan mempunyai tiga anak, seorang lahir pada 2017 dan mendapat anak kembar pada 2022 namun bayi lelaki mereka meninggal dunia ketika dilahirkan.

Walaupun kehilangan sejumlah besar pengikut selepas berpisah dengan Ronaldo, Irina kini mempunyai 21 juta pengikut di Instagram. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 22-3-2023 11:50 AM
Ini pun penting ke?
Quote PULANGKAN 22-3-2023 02:01 PM
of course lah editor cari

menggelabah copy paste, campak salah bod

benda ni kat isu semasa?
Quote rosedemon 23-3-2023 10:11 AM
kesahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote ayukpingu 23-3-2023 10:14 AM
aduii..crita dah basi lah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045730 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top