Pengemis warga asing bertongkat yang merayau sekitar kawasan Masjid India melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam Operasi Membanteras Pengemisan di sekitar ibu kota pada Selasa.
Sinar Harian melaporkan, lelaki lingkungan usia 50-an yang dilihat mempunyai masalah penglihatan itu diekori kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan. Sedar dirinya diekori, dia yang dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan melarikan diri. Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu yang turut hadir dalam operasi berkenaan berkata, ia melibatkan nilai kutipan wang oleh kesemua pengemis diselamatkan berjumlah RM9,668.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Norazman Othman berkata, operasi itu akan terus dipergiatkan dan akan dijalankan secara berkala. Orang ramai diseru untuk memastikan surat ditunjukkan individu atau pertubuhan bagi membuat kutipan derma mendapat kebenaran pihak berkuasa dan adukan kepada JKM atau buat panggilan ke Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019261599 sekiranya mendapati kewujudan aktiviti mengemis. - CARI
|
ultra78 replied at 22-3-2023 07:37 AM
"Dalam pada itu, seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 50-an menjadi ‘juara’ pungutan wang terban ...
Ketika cuba diselamatkan penguat kuasa JKM, lelaki yang memegang tongkat sebagai orang buta itu terus berlari seperti orang yang sihat ke kawasan orang ramai sehingga gagal dikesan.
ADVERTISEMENT