Tular kejadian di Guangzhou, hujung minggu lalu apabila remaja perempuan terpaksa berlutut selepas seorang wanita enggan memulangkan wang berjumlah 200 yuan (RM130) miliknya yang terjatuh di atas jalan.
Mothership melaporkan, remaja berpakaian seragam sekolah kelihatan menangis selepas permintaan untuk mendapatkan wangnya kembali ditolak. Bagaimanapun, wanita itu tanpa ragu-ragu berkata: “Sesiapa yang menemui wang itu harus memilikinya.” Rakan pelajar tersebut kemudian berkata: “Ini wang dia. Kami nampak awak mengambilnya dari jalan.” Gadis itu kemudian menjerit untuk meminta wangnya dikembalikan. Situasi itu menjadi lebih tegang apabila orang ramai yang lalu lalang turut masuk campur. Lelaki yang merakam video tersebut berkata: “Kami lihat anda ambil wang itu. Anda mesti memulangkannya.”
Orang ramai turut meminta gadis itu menghubungi ibubapanya. Akan tetapi, gadis itu berkata: Saya tidak tinggal bersama ibu bapa. Wang ini sangat penting untuk saya.” Gadis itu menjelaskan bahawa wang itu adalah elaun mingguannya untuk perbelanjaan kerana ibu bapak bekerja di bandar lain dan dia tinggal bersama datuk dan neneknya. Wanita itu akhirnya menyerahkan wang tersebut selepas lebih ramai pejalan kaki mengerumuninya ketika gadis itu melutut di jalan. Sumber: Kosmo
|
esbok replied at 22-3-2023 11:18 AM
dulu bila tahu ada teman sendiri ambik barang orang tanpa was-was. sebijik pemikiran makcik ni.
'sa ...
copy_paste replied at 22-3-2023 11:28 AM
bukan soal bijak ke x, tindakan utk teruskan hidup je tu,ambil keuntungan atas org lain demi diri ...
esbok replied at 22-3-2023 11:37 AM
kawan aku ni melayu isle. jadi dia bukan pasal komunis. dia masalah individu juga
ADVERTISEMENT