SEGAMAT: Seorang pelacur serta empat lelaki warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di sebuah pondok di Jalan Ah Tong, di sini. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur berusia 31 terbabit serendah RM50 selain dia hanya menyasarkan warga asing sebagai pelanggan secara ‘walk in’.
“Pondok di sekitar kebun getah itu kelihatan sekadar kediaman terbiar dari luar, namun di dalam premis usang itu tersedia khidmat seks dan sebuah ruang yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran. “Ketika serbuan dilakukan, pelacur itu tidak menghidu kehadiran pihak berkuasa kerana sedang melayani pelanggannya. Pelanggan terdiri daripada lelaki Indonesia berusia antara 20 hingga 47 tahun turut ditahan dalam serbuan itu bagi semakan dokumen. “Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit berjenama OPPO, dua kondom telah digunakan selain wang tunai berjumlah RM650,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Kuarters Kediaman Anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Jalan Segamat-Jementah, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.
Menurut Ahmad Zamry, operasi bermula 12.10 tengah malam 14 Mac lalu itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Segamat selepas melakukan risikan selama beberapa hari di sekitar Jementah. Semua yang ditahan kini direman selama 14 hari hingga 27 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat menerusi talian 07-9312222. – CARI Sumber: Utusan Online
|
hyie: meols teringat kawan pondan me ...
hyie replied at 21-3-2023 04:15 PM
meols teringat kawan pondan meols cerita, kengkawan pondan heshe kat klate kan, kalau theyols ada na ...
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:09 PM
Kang takda pelacur korang juga komplen apsal tak pi carik pelacur ja bila jantan2 tua kertu pi rogol ...
SalenaGomez replied at 21-3-2023 09:17 PM
Pelik kenapa port kebun getah??
“Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit berjenama OPPO, dua kondom telah digunakan selain wang tunai berjumlah RM650,”
SalenaGomez replied at 21-3-2023 09:19 PM
Tapi kalau byk sgt pelacur pon lagi x elok kan…
Yg sebenarnya kena pandai bawak diri n control y ...
ADVERTISEMENT