Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet memaklumkan basikal buluh buatan Sarawak dijangka menembusi pasaran China tahun ini. Beliau berkata, Pusaka akan membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MOA ) dengan syarikat China, Brook & Breeze manakala anak syarikat Pusaka akan diberi tanggungjawab mengeluarkan basikal buluh secara komersial bagi pasaran eksport ke Shanghai, China.
"Pada masa ini syarikat Brook & Breeze sudah mengeluarkan basikal buluh di pasaran China sejak 10 tahun lepas namun mereka tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka.
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh dan buluh yang ditanam secara ladang di Sarawak, katanya. Hashim berkata, Brook & Breeze akan menentukan bilangan basikal buluh yang perlu dihasilkan untuk dieksport ke sana dengan harga dianggarkan US$3,000 (RM13,457.39) seunit berbanding US$4,000 (RM17,943.19)seunit yang dipasarkan syarikat itu pada masa ini. Beliau berkata, buat masa ini kompleks itu menjadi premis untuk pembuatan basikal berkenaan dan mampu mengeluarkan 50 unit sebulan. Susulan perancangan untuk mengeksport ke negara tembok besar itu, kapasiti pengeluaran basikal buluh akan dipertingkatkan lagi, katanya. "Ini (pencapaian mengeluarkan basikal buluh untuk eksport) juga seiring dengan sambutan 50 tahun Pusaka (tahun ini)," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Belibis replied at 21-3-2023 07:16 AM
13k??? Buluhnya hanya kat bakul depan tu??
Skuau replied at 21-3-2023 08:42 PM
kalo nak..exzosnya pakai buluh jugak pun...boleh...
ADVERTISEMENT