CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelandangan Pulang Dari AS Lepas 3 Dekad Tinggalkan Keluarga, Tuntut Rumah Didiami Isteri Dan Anak

21-3-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2833| Komen: 16

Description: Tiga dekat berhijrah secara haram ke Amerika Syarikat (AS), seorang warga emas akhirnya kembali ke China untuk menuntut pemilikan sebuah rumah flat daripada isteri dan anak perempuan yang ditinggalkan ...
Tiga dekat berhijrah secara haram ke Amerika Syarikat (AS), seorang warga emas akhirnya kembali ke China untuk menuntut pemilikan sebuah rumah flat daripada isteri dan anak perempuan yang ditinggalkan.


Liu Yusheng berpindah ke AS 33 tahun lalu bersama abangnya dengan harapan mereka dapat meraih kekayaan dengan mudah, lapor portal ifeng.com.

Yusheng yang kini berusia 73 tahun meninggalkan isteri dan anak perempuannya yang ketika itu berusia lapan tahun di Shanghai.


SCMP/Bilibili

Sejak itu, isteri dan anak perempuannya langsung tidak berhubung dengan Yusheng.

Abang Yusheng bagaimanapun kembali ke China tidak lama kemudian selepas mendapati kehidupan di AS sebagai pendatang tanpa izin adalah sukar.

Tetapi Yusheng terus tinggal di negara itu dan hidup menganggur tanpa tempat tinggal selama tiga dekad. Dia hanya tidur di jalanan.


Segalanya berubah pada awal tahun lalu apabila Yusheng bertemu dengan seorang wanita dari Shanghai di New York.

Kerana simpati, wanita itu memperkenalkan Yusheng kepada Persatuan Rakan Shanghai di AS, dengan harapan mereka dapat membantunya.

Ahli persatuan mengutip dana dalam talian untuk Yusheng dengan merakam videonya yang kemudian dikongsi di media sosial. Mereka juga membawanya ke rumah perlindungan dan membeli makanan untuknya.

Yusheng dalam beberapa videonya yang tular berkata, dia berharap keluarganya dapat memaafkan dirinya dan mendakwa dia tidak mempunyai cara untuk berhubung sejak tiba di AS kerana wang dan pasportnya dicuri.

Dengan bantuan persatuan itu juga, Yusheng dapat bersatu semula dengan keluarganya di China apabila sumbangan berjumlah AS$15,000 (RM67,148) dapat dikumpul.

Yusheng mendakwa dia mahu menjaga isterinya jika bertemu semula dan berjanji akan bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.


SCMP/Bilibili

Pada November tahun lalu, Yusheng terbang pulang ke Shanghai tetapi pada mulanya tidak dapat mencari isteri atau anak perempuannya.

Persatuan itu kemudian berjaya menjejaki isteri dan anak perempuannya tetapi mereka berdua enggan bercakap atau berjumpa dengannya.

"Kamu dah lama tak balik rumah dan mengabaikan keluarga. Jadi keluarga kami juga akan anggap kamu tak wujud. Kami tak akan bersatu semula dengan kamu," kata menantu Yusheng, mewakili isteri dan ibu mentuanya kepada media.

Menantunya itu menyifatkan Yusheng sebagai 'lelaki tua yang jahat'.

Yusheng kemudian teringat ketika dia meninggalkan China pada 1990, institusi milik kerajaan tempat dia bekerja ketika itu memperuntukkan sebuah flat kepadanya di mana isteri dan anak perempuannya tinggal.

Rumah itu dirobohkan beberapa tahun kemudian dan pihak berkuasa membayar pampasan kepada keluarganya dengan memberi sebuah sebuah flat yang lebih besar di mana isterinya masih tinggal di situ.

Yusheng meminta isterinya membenarkan dia menduduki separuh daripada ruang flat itu atau membayar kepadanya separuh dari nilai pasaran.

Flat itu, yang terletak di pusat bandar Shanghai, dilaporkan kini bernilai berjuta-juta yuan..

Yusheng kini mengugut mengambil tindakan undang-undang kecuali jika isterinya bersetuju dengan tuntutannya. Isterinya tidak mengulas secara terbuka mengenai ugutan ini.

Yusheng sekarang tinggal di pusat perlindungan di Shanghai, menurut video yang diambil oleh sukarelawan tempatan.

Malah, dia menafikan cuba merampas rumah daripada isterinya dan berkata 'tidak pernah mempunyai idea ini'.

Kisah ini tular di China dengan warganet marah dan mengecam tindakan Yusheng.

"Saya bengang! Saya sangat marah kepadanya sampai sesak nafas. Lelaki tua ini sangat teruk!

"Tak kisah kalau nak bahagikan pemilikan rumah. Tetapi selesaikan dulu kos membesarkan anak perempuan sejak beberapa dekad lalu; kos ditambah inflasi.

"Tak patut simpati dengan orang macam ni. Disebabkan rakan senegara di AS cukup baik hati untuk menghantarnya pulang, mereka harus menjaganya sehingga dia mati. Atau mari kita kumpulkan sedikit wang untuk menghantarnya pulang ke AS," demikian antara komen netizen.

Seorang peguam yang berpangkalan di China, Shen Bo berkata tidak jelas sama ada perkahwinan Yusheng dengan isterinya masih sah, tetapi jika ya, Yusheng tidak dibenarkan mencuba dan menuntut pemilikan rumah itu, memetik The Post.

"Sekiranya Yusheng memfailkan tuntutan cerai, kemungkinan besar mahkamah akan menganggap dia sebagai pesalah kerana meninggalkan isteri dan anak perempuannya bertahun-tahun lalu dan mahkamah akan cenderung memihak kepada kepentingan isterinya.

"Dalam tuntutan mahkamah, isterinya boleh meminta pampasan kerana dia telah membesarkan anak perempuan mereka seorang diri," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 21-3-2023 02:39 PM
urm..mmg rasa xde laki dan bapa
Quote krustykrab 21-3-2023 02:41 PM
Sian jgk dah 73 tahun hidup pun tak menentu..patut masa covid tu mati dah..senang citer..
Quote kelip2_07 21-3-2023 03:01 PM
nape ko xmati awl2

dh tggl ank bini mcm tu jer pastu blik nk tuntut
Quote makneng 21-3-2023 03:07 PM
Plot twist yg kita semua x ingin lihat
Quote Belibis 21-3-2023 03:12 PM
Ingatkan dapat awek AS,kawin..dan hidup aman damai...rupanya sampai sudah tak aman2.
Quote gigahertz 21-3-2023 03:21 PM
makneng replied at 21-3-2023 07:07 AM
Plot twist yg kita semua x ingin lihat

Dia tak tahu ke U.S dengan China nak berperang ?orang macam ni dia pengecut. utamakan diri sendiri.
tahun 1990 China bukan ada apa pun . terkontang kanting
dah maju baru sibuk nak balik ke China.
Nanti dah start perang dia lari lagi,
spesies manusia macam ni tak boleh caya sangat
sebab dia utamakan diri dia. anak bini pun tolak tepi
Quote faraway1 21-3-2023 03:34 PM
Macam cita cina lupa sapa nama pompuan tu , gila terus sebab bukan senang jadi pendatang haram kat USA tu...
Quote cmf_PariS 21-3-2023 03:41 PM
kt murica sangat gelandangan ya amponnn hazab! nk sgt kau pakcik kan.. nk kaya katanya... ha balik nyusahkanorg.. sapa nak bela kau  lagi tah
Quote doridori_hi 24-3-2023 03:18 AM
Spesis biawak pasirrr org tua nih, sanggup jadi homeless bertahun2 kt tempat org, dari balik negara asal..
Quote cmf_jeangrey 24-3-2023 04:08 AM
Nak berhijrah cari hidup yg lebih baik xde masalah...tapi buatlah dgn cara yg betul..anak bini jgn dilupakan..then masuklah secara legal...ni bila dah jadi pati kan menyusahkan diri akhirnya
Quote sarahmirza 24-3-2023 05:32 AM
Kalau kena melayu, confirm makcik pakcik bawang tuduh anak derhaka...
Ayat klise, itu dosa bapa dgn Tuhan an mak, anak tetap anak... Wajib hormat dan jaga bapa...

Ala2 kiriman syurga masing2 punya ayat...
Quote sukacactus 24-3-2023 05:41 AM
Tua kutuk yg xpatut dilayan
Quote ultra78 24-3-2023 06:04 AM
Waktu covid tak mati pulak atuk ni
Quote DARSITA 24-3-2023 07:56 AM

IMO - sebenarnya pihak isteri boleh bayar sejumlah wang kpd dia setelah tolak nafkah anak etc. Dgn duit tsbt dia boleh terus tinggal di rumah orang tua.

Pakcik tu idup pun tak lama jer. Tgk badan dia pun kita sudah tau yang dia hidup melarat di US.




Quote Dwdrum 24-3-2023 08:47 AM
Jadi illegal immigrant di mana mana saja tidak akan ubah nasib... Dia tinggalkan china 1990 lagi ketika itu shanghai and beijing majority masih ride bicycle main transportation...
Quote shamsadis 24-3-2023 08:55 AM
hahahahah yang membawanya pulang harus menanggung biaya kehidupan orang tua ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.552053 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top