Antara faktor orang ramai tidak berminat menggunakan perkhidmatan KTM komuter adalah beberapa kelemahan dalam sistem pengangkutan awam berkenaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perjalanan menggunakan pengangkutan awam itu agak lambat jika dibandingkan dengan sistem perkhidmatan tren ERL yang tambangnya jauh lebih mahal.
"Komuter ini macam bas berhenti-henti dan setiap stesen kena berhenti. “Apa yang menjadikan perkhidmatan komuter lambat dari segi kelajuannya, tak boleh terlalu laju disebabkan ada satu projek di mana kita sedang membaik pulih landasan berkembar di Kuala Lumpur,” katanya pada sesi soal jawab bersama penonton ketika Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin. Menurutnya lagi, projek berkenaan sudah bermula namun ada bahagian yang masih belum siap lagi terutama melibatkan landasan dari Seremban ke Kuala Lumpur.
"Itu merupakan faktor (komuter) tidak boleh pergi laju sehingga 110 kilometer sejam, tetapi kekangan dari segi landasan itu ada,” katanya. Anthony berkata, kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama. Sumber: Sinar Harian |
Anthony berkata, kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.
kelip2_07 replied at 21-3-2023 02:15 PM
bgs la klu tau..tp mslh lmbt tu bkn skg dh lama dh tmbh2 klu ujan mula yg tu xleh jln yg nie xleh jl ...
esbok replied at 21-3-2023 02:09 PM
tu belum kira dia punya delay, lepas tu masuk berebut2 mcm sardine. dia punya station pun, entah, st ...
capiloton replied at 21-3-2023 02:21 PM
komuter ktmb sama jer macam dulu.
kalau cek jadual komuter ktmb,
capiloton replied at 21-3-2023 02:32 PM
memang tak strategik, plan macam bodo.
contoh
ADVERTISEMENT