CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembalikan Wang Mangsa Penipuan Dalam Talian, Kerajaan Teliti Peruntukan Undang-Undang

21-3-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1482| Komen: 0

Description: Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan sedang meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau dipinda untuk membolehkan pengembalian wang kepada mangsa penipuan dalam ta ...
Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan sedang meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan atau dipinda untuk membolehkan pengembalian wang kepada mangsa penipuan dalam talian.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah antara yang sedang diteliti.


Gambar hiasan

"Selain itu, dalam usaha menangani isu penipuan dalam talian, kerajaan juga telah dan akan melaksanakan langkah-langkah bagi memerangi jenayah ini dengan mempertingkatkan usaha dan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa bagi memastikan tindakan lanjut boleh diambil terhadap penjenayah yang berada di luar negara.

"Meningkatkan keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berkaitan pengoperasian, sumber tenaga kerja, sistem data berpusat, kemudahan infrastruktur pejabat, peralatan technicality dan sistem analisis kewangan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Husain Awang pada sesi soal jawab lisan mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menangani isu penipuan dalam talian yang semakin kritikal.

Ramkarpal berkata menerusi pengoperasian NSRC yang menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran pelbagai agensi temasuk institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi, tindakan penguatkuasaan bersepadu boleh dilaksanakan.

"Antaranya tindakan menjejak transaksi kewangan mencurigakan, menjejak panggilan telefon yang digunakan scammer (penipu), menyekat aliran wang hasil (penipuan) dan membatalkan nombor telefon yang digunakan scammer," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.191965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top