Jutawan media Rupert Murdoch selamat mengikat tali pertunangan dengan bekas paderi polis San Francisco Ann Lesley Smith, sekali gus menjadikan ia perkahwinan kelima Pengerusi Fox Corp berusia 92 tahun itu.
Berita gembira itu disahkan jurucakap Murdoch pada Isnin. Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang anggur Murdoch di California, Amerika Syarikat (AS). "Saya amat takut untuk jatuh cinta lagi tapi saya tahu ini merupakan kali terakhir. Saya sangat gembira," katanya kepada New York Post. Murdoch menceraikan isteri keempatnya Jerry Hall tahun lepas. Smith juga pernah berkahwin kepada seorang penyanyi dan eksekutif radio dan TV, Chester Smith sebelum suaminya meninggal dunia 14 tahun lalu. "Ini merupakan satu hadiah daripada Tuhan. Kami bertemu pada bulan September tahun lepas," katanya kepada New York Post.
Perkahwinan mereka bakal diadakan pada musim panas tahun ini. Sebelum ini Murdoch pernah berkahwin dengan seorang pramugari Patricia Booker, seorang wartawan Anna Man selain usahawan kelahiran China Wendi Deng. Murdoch mempunyai enam anak daripada ketiga-tiga perkahwinan ini. Sumber: AWANI
|
Kitty_catz replied at 21-3-2023 01:48 PM
konek masih function?
faraway1 replied at 21-3-2023 03:12 PM
Teman berbual agaknya, teman tengok Netflix sesama sambil minum wine
Rogue98 replied at 21-3-2023 03:18 PM
Tok Saka sebok dgn agenda melayu ke hulu ke hilir takde kerja asik ratib melayu pemalas tapi nak mel ...
ADVERTISEMENT