Ketika Tottenham Hotspur dilaporkan sedang mempertimbangkan pemecatannya minggu ini, Antonio Conte dikesan dilihat menaiki satu penerbangan. Kemunculan pengurus Spurs itu dirakamkan seorang penyokong dalam penerbangan tambang rendah ke negara asalnya, Itali.
Ia susulan laporan Telegraph mengenai dia mungkin dipecat oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy pada minggu ini. Kedudukan Conte terancam berikutan ketegangan yang berlaku selepas pasukan itu terikat seri dengan Southampton, Sabtu lalu. Pasukan itu gagal merebut trofi selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara. Levy dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memecat Conte sebelum tamat cuti antarabangsa dan dia akan mengadakan perbincangan minggu ini bagi menangani situasi itu dengan pengurusnya. Pada Isnin, tular rakaman menunjukkan pengurus pasukan warga Itali itu dalam penerbangan Ryanair.
Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT