Fyna Jebat enggan mengulas lanjut berkenaan kritikan yang mengatakan dia seorang penyondol dek kerana teruja bermain ‘filter’ di TikTok bersempena Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS), baru-baru ini.
Menurut adik kepada Ayda Jebat ini, tidak ada isu besar yang harus dibangkitkan kerana ia sekadar keterujaan bermain ‘filter’ pada ketika itu dan perkataan ‘penyondol’ tersebut juga keluar secara spontan. “Bagi saya benda itu tak ada apa-apapun, watak ‘penyondol’ terkeluar secara spontan. “Jadi saya tak ada apa pun, saya hanya bermain filter sebab diajak. Saya okay sahaja,” katanya. Sementara itu, Fyna menegaskan, dia tidak kisah dengan tanggapan dan kata-kata netizen malah bersyukur bahawa kes pergaduhan melibatkan dirinya dan madu, Datin Zalina Zaini sebelum ini telah pun selesai dengan cara baik.
“Bagi saya orang nak kata apa, terpulanglah. Ini kerana saya sendiri tak akan tengok komen netizen.
|
“Adik (Fyna) watak ni sesuai untuk awak dik. Jangan sondol laki saya sudah,” seloroh Ayda."
ADVERTISEMENT