CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisdawati Pernah Terseliuh, Fauzi Nawawi Cedera Diketuk Ketika Shooting "Pelakon Daftarlah Perkeso, KWSP"

20-3-2023 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8338| Komen: 12

Description: Lisdawati menasihatkan kepada pelakon-pelakon baharu untuk membuat perlindungan diri sebelum terjadinya insiden tidak diingini di set penggambaran.
Lisdawati menasihatkan kepada pelakon-pelakon baharu untuk membuat perlindungan diri sebelum terjadinya insiden tidak diingini di set penggambaran.

Katanya perlindungan diri seperti mendaftarkan diri dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) amat penting jika terjadinya kemalangan dan boleh juga dijadikan bantuan demi kelangsungan hidup pada masa hadapan.


Foto: IG

“Pelakon yang terlibat dengan penggambaran babak aksi diibaratkan seperti menempah maut. Jadi, disarankan semua penggiat seni buatlah Perkeso sendiri.

“Tidak mahal pun satu tahun dalam 300 lebih sahaja. Nasihat buat pelakon baharu, kawal diri dan pergi daftar dalam Perkeso dan KWSP.

“Saya sudah mendaftar setiap tahun kerana jadual pelakon tidak menentu. Keluar rumah dikira sebagai bekerja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Lisdawati bersetuju dengan tindakan pelakon Fasha Sandha yang tidak cepat melatah selepas tercedera pada mata kiri ketika menjalani sebuah penggambaran bersama Azhan Rani.


“Saya lebih bersetuju dengan Fasha yang mengetahui keadaannya dan tidak salahkan mana-mana pihak.

“Dia sangat profesional dengan kerjanya yang tidak mahu mendengar cakap orang lain."



Berikutan kes yang menimpa Fasha, Lisda berkongsi pengalaman dia pernah terseliuh semasa menjalani penggambaran dan belajar sesuatu daripada kejadian tersebut.

“Menjalani penggambaran memang begitu. Saya juga pernah terseliuh akibat terjatuh sehingga tidak boleh tegakkan badan.

“Orang produksi hanya boleh memohon maaf kerana tiada bajet untuk kos rawatan saya.

“Dari situ saya belajar untuk menjaga diri. Kalau buat filem aksi saya akan tanya Fauzi bagaimana untuk menghasilkan babak tersebut,” jelasnya.

Bukan hanya Lisda, sebelum ini Fauzi mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat diketuk dengan pasu seramik semasa menjayakan babak aksi dalam filem Anak Halal.



Susulan kejadian tersebut, aktres itu menasihati suaminya untuk mendiamkan diri walaupun mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Baginya, dia tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak apabila terjadinya kejadian berkenaan.




“Kami diamkan diri kerana saya pesan kepada Fauzi ada perkara boleh cerita dan ada yang perlu diam.

“Dia pula ketika itu seorang stuntman (pelakon lagak ngeri), jadi saya tidak mahu perkara kecil dijadikan isu.

“Susah untuk salah menyalahkan. Bukan tidak reda tetapi perlu menerima memang begitulah kerja pelakon,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-3-2023 10:09 PM
Mendiamkan diri tak buat apa2 tu bodoh namanya. Tapi buat something contoh ambil tindakan atas apa terjadi secara diam2, itu baru profesional..
Quote mojarean_X 21-3-2023 01:28 AM
Mmm...bkn nama asal dia mula2 muncul dulu nisdawati kan
Quote matbad 21-3-2023 02:00 AM
aku tringat dulu aku pnah kja airlines kat 1tempat ni. bini dia ni dtg counter tnya "abg ada tak"..berpegang teguh pada syarikat masa tu aku jwb takda..sdgkan 1hari sblm tu si pozi ni dtg beli tiket bekepit dgn cikaro. aku kesian bini dia smpai skrg ni
Quote dudaberhias 21-3-2023 02:07 AM
Kaka tetap geli dengan rhoper laki ko yang macam beruk salji!

Trauma bila teringat waktu heshe dengan bernafsunya cerita pasal babak rogol...
Tiap2 malam mesti acik lisda jadi macam zarina sabut nyoq kan, terpaksa berlakon kena rogol dan smackdown dek laki demi memuaskan fantasi beliau.
Quote prince_marhaen 21-3-2023 08:54 AM
sayang cinta mati betul acik lisda nisda ni kat jantan kotey lebam ni ye....walhal laki kuat main cikaro.. ekekekekeke...
Quote bbalik 21-3-2023 09:31 AM
berapa beza umoq
binik terlihat lebih kertu
Quote LadyCarefree 21-3-2023 09:35 AM
prince_marhaen replied at 21-3-2023 07:54 AM
sayang cinta mati betul acik lisda nisda ni kat jantan kotey lebam ni ye....walhal laki kuat main ci ...

Hehehe kaaaaan? Dulu iols ada sedara duduk berjiran dgn dia kat rumah yg sebelum ni.
Quote cakciboojaki 21-3-2023 09:37 AM
prince_marhaen replied at 21-3-2023 08:54 AM
sayang cinta mati betul acik lisda nisda ni kat jantan kotey lebam ni ye....walhal laki kuat main ci ...

Ha ha ha sebab tu bercakaran di kolam renang dgn Ritrud
Quote Madel 21-3-2023 09:37 AM
Acik Lis bertukar ganti comnpy kah smpai nak kena daftar Perkeso n Kwsp tiap tahun.?
KWSP tu mmg boleh je buat caruman sendiri., pekerja2 Spore yg tak ada CPF mcm abg aku mmg buat caruman sendiri.Kalau tak tua nanti papa kedana dik.
Tapi yg perkeso tu aku tak tahu pulak, boleh ke bayar selepuk rm300 utk 1 tahun?..tak faham aku kenyataan acik Lis yg ni
Quote bulalof 21-3-2023 10:38 AM
kalau jodoh tak ke mana......
Quote HabukBesi 21-3-2023 12:54 PM
siapa tak daftar perkeso lagi pergilah daftar, banyak manfaat yg kita boleh dpt...
Quote kessah 21-3-2023 04:50 PM
Husb iols masuk rehab perkeso kat melaka. free semua ye 3 bulan , facilities elok selesa. Dari wheelchair smpai dah boleh jalan ... bbaloi mencarum dari dulu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046917 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top