CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Projek: High Council Didakwa Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka Dan Keterlaluan "Adakah Terdapat Tangan Ghaib"

20-3-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12321| Komen: 24

Description: Drama bersiri Projek: High Council yang ditayangkan sejak 14 Januari lalu didakwa memaparkan adegan merokok dalam kalangan pelajar secara terbuka dan keterlaluan.Public Health Malaysia menerusi satu k ...
Drama bersiri Projek: High Council yang ditayangkan sejak 14 Januari lalu didakwa memaparkan adegan merokok dalam kalangan pelajar secara terbuka dan keterlaluan.

Public Health Malaysia menerusi satu kenyataan kesal kerana terdapat beberapa adegan yang tidak bersesuaian dengan khalayak penonton.


Jelasnya, secara logik perbuatan segelintir pelajar yang merokok di sekolah berasrama dilakukan secara tersembunyi dan bukan secara terbuka seperti dalam drama tersebut.


Foto: FB

Adegan watak Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik asrama, sedangkan bau asap rokok yang kuat boleh dikesan warden asrama. Watak utama bernama Mia juga merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok.

"Merokok semasa dating. Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adegan ini berulang kali ditayangkan."

Kenyataan tersebut turut mempersoalkan bagaimana watak adik beradik Naim dan Fakri boleh merokok di halaman rumah mereka sendiri.


"Tiada ibu bapa yang membenarkan anak bawah umur merokok di halaman rumah. Dalam drama ini, kenapa rokok hanya diletakkan di dalam laci pelajar, bukannya disorok di tempat yang lebih rumit."

"Ada babak guru yang menutup sebelah mata mengenai pelajar asrama merokok. Tiada guru atau warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka."

"Adakah terdapat tangan ghaib yang meminta produksi memasukkan begitu banyak adegan merokok itu? Situasi ini dilihat sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang mahu budaya merokok terus kekal relevan dalam kalangan pelajar.



Susulan itu, pihak Public Health menggesa semua produksi filem dan drama menghentikan promosi perbuatan merokok kepada khalayak penonton.

Mungkin ramai yang memperlekehkan saranan ini. Namun inilah tanggungjawab sosial kami untuk memberi kesedaran kepada produksi dan masyarakat.

Jangan normalisasi budaya merokok dalam masyarakat yang sudah tegar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 20-3-2023 07:00 PM
Bagusla ada pihak yg peka. kwn rekemen suruh tgk. Boleh 1 episod jer ntah x rasa nak sambung tgk.

Budak2 sekolah suka laa
Quote dudaberhias 20-3-2023 07:08 PM
dah memang itu realitinyaaaa... tak payah tangan ghaib atau bughit ghaib pun... yang mia merokok tu je macam over sikit... sebab tak perlu lah semua watak nak bagi jadi perokok...

patutnya theyols patut ambil kisah pasal fight scene tu lagi dari merokok tu kan siap ada smackdown bagai... tup tup jadi kerbau berlawan dalam lumpur...

merokok2 ni majoriti anak2 malaysia belajar dari kawan... seko pun tak belajar dari TV...
Quote cmf_premierleag 20-3-2023 07:14 PM
Bodohnya la public health ni ya
Ni drama utk tunjuk realiti kat skolah berasrama
Tak pernah duk asrama ke dik??? Kalo nk drama suci,ko pi tgk kartun fairytale disneyland sana.
Takpun ko pi tgk je drama slot Akasia 7pm yg ada Telur untuk Firdaus tu
Quote heythere123 20-3-2023 07:26 PM
betul dah teguran tu, semua iols setuju. Cuma kang dia tunjuk merokok tempat tersembunyi tak pasal students tiru. Lagi la merosakkan.
Quote aechae 20-3-2023 07:28 PM
cmf_premierleag replied at 20-3-2023 07:14 PM
Bodohnya la public health ni ya
Ni drama utk tunjuk realiti kat skolah berasrama
Tak pernah duk asra ...

Admin PH bkn dr boarding school gtu lahhh
Quote ladybugz 20-3-2023 07:44 PM
yelah bukan semua menda patut diangkat dlm drama tontonan public ye. i seriously x berkenan nk angkat high council ka apa yg x berguna mcm ni. mcm hebat sgt ka. takdak ka cerita yg helok sikit nk buat. kalau semua nk tunjuk realiti sebenar, knapa x tunjuk underage kids intercourse dlm kelas. kelas skolah rendah some more. ini membuktikan bukan semua perkara yg berlaku realiti patut diangkat ke dalam tontonan drama or movie. muak sungguh la. buat la cerita mcm bad genius tu. sgt menarik bagi i.
Quote cloudnine 20-3-2023 08:59 PM
ladybugz replied at 20-3-2023 07:44 PM
yelah bukan semua menda patut diangkat dlm drama tontonan public ye. i seriously x berkenan nk angka ...

Boleh je nak buat. Tapi satgi buat menggelupur pulak rakyat malaysia ni. Jenis tak boleh terima kenyataan.

Tak payah promosi pun benda merokok, buli ni ada je dalam realiti. Tujuan filem macam ni nak spread awareness.
Quote habisnamadahni 20-3-2023 09:09 PM
dari dulu dah benda ni wujud..apa yg nk diherankan...
Quote mojarean_X 20-3-2023 10:08 PM
Iols rasa mmg ada tgh ghaib part yg pelajar melayu lempar daging lembu kt pelajar india. Iols rasa x perlu pun adegan tu. Motif try hard sgt nk tunjuk psl racism
Quote Buudak 20-3-2023 10:47 PM
ladybugz: yelah bukan semua menda patut  ...

Setuju dgn pendapat lady
Quote codenamedream 20-3-2023 11:00 PM
ladybugz replied at 20-3-2023 07:44 PM
yelah bukan semua menda patut diangkat dlm drama tontonan public ye. i seriously x berkenan nk angka ...

Ala2 Bad Genius kan dah ada
Projek Anchor SPM - STIA
Projek High Council - KUDRAT

Projek Intercourse UPSR - Yang uols nak tu nanti siri ke 3 k
Quote Addrianna 20-3-2023 11:07 PM
ladybugz replied at 20-3-2023 07:44 PM
yelah bukan semua menda patut diangkat dlm drama tontonan public ye. i seriously x berkenan nk angka ...

Setuju tapi tu lah memang wujud pun benda ni x buat drama filem ke budak2 pun tau.kalau nak tunjuk sangat semua habis lah kena bash drama kita ni.zaman aku sekolah dulu bukan setakat budak form 5 tu merokok yang couple2 ni siap kising raba2 lagi kat class hujung waktu break time .LOL
Quote kikilalapooh 20-3-2023 11:10 PM
habistu yang Jai dalam kl gangster kulu kilir letak rokok dekat mulut tapi tak light gimana pula uols?
Quote Rogue98 20-3-2023 11:16 PM
Taknak orang merokok haramkan terus lah rokok. Jangan jual langsung. Jangan jadi hipokrit. Kalau yg cakap tu cikgu sekolah ke ok lah. Ni yg cakap tu kementerian sendiri...kerajaan....so wtf nak memekak kat drama pulak.
Quote hollahop 21-3-2023 12:43 AM
Admin PH ni xpernah dok asrama la tu. Lagipun kan dlm PHC ni mmg ada tunjuk yg warden xport, sbb ada high council yg handle student situ. Tiap sekolah mmg ada tokan rokok, tokan supply nasi goreng tgh2 mlm. Bebudak sbp bukan suchi2 pun semua
Quote caca_eric 21-3-2023 12:48 AM
Asyik sebut SIAL je si Fakri tu
Zaman tu mmg biasa ke budak sekolah sebut sial ke.. hensem sial.. gile sial.. lapar sial.. semuanya sial


I stop tgk masa si Fakri tu tumbuk Naim sampai mati org tu
Bodoh n melampau
Quote dewimalam78 21-3-2023 04:56 AM
Memang la realiti borading school ada dark side tp tak perlu la kot la ditunjuk berlebihan. Kita tgk sikit pun dah faham.
Quote boylondonn 21-3-2023 05:12 AM
caca_eric replied at 21-3-2023 12:48 AM
Asyik sebut SIAL je si Fakri tu
Zaman tu mmg biasa ke budak sekolah sebut sial ke.. hensem sial.. gi ...

knn, i stop tgk cite ni smpai ep 4 kot. xsuka dgr dia menyumpah nampak sangat rude. jln cite pun so so je, mcm xde arh tuju pun ada.
Quote Aneem 21-3-2023 06:08 AM
KKM tumpang promote kot kebetulan bbnu tgh mabuk kepiting dgn vibes high council. Kira lps dh satu part csr. Kan trend marketing atau promotion sekarang bertemakan kesempatan dan kesempitan.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top