Sepasang suami isteri yang merancang untuk membeli tanah kubur dengan harga hampir mencecah ribuan ringgit. Pasangan dari Indonesia itu dilihat sedang mencari tanah kubur yang sesuai untuk mereka berdua disemadikan kelak iaitu di dua buah kawasan yang terletak di San Diego Hills dan di Al-Azhar Jakarta, Indonesia.
"Saya dan paksu (suami) memutuskan untuk membeli tanah kubur kami suami isteri dan perasaan ketika sedang memilih tempat pusara semasa masih hidup itu ternyata sangat menyedihkan," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Dia turut berkongsi akan harga bagi setiap pakej-pakej tanah kubur yang disediakan di San Diego Hills. Antaranya adalah bagi kategori ‘single ‘berharga RM18,811, ‘semi private’ bernilai RM133,830 dan ‘private’ berharga RM249,453. Mereka juga turut menjelaskan terdapat juga pakej di Al-Azhar bagi makam yang single bermula dari harga RM11,721.
Difahamkan ereka memilih tanah kubur dengan harga sedemikian kerana menginginkan tempat ‘istirahat’ terakhir mereka yang khusus untuk golongan muslim dan terdapat masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran. "Belum tentu saya buat persiapan macam ini saya akan masuk syurga nanti cuma saya memang mencari tempat begini untuk pusara kami yang khusus untuk muslim dan yang selalu mengalunkan bacaan ayat Al-Quran. Kerana kami tidak mempunyai anak untuk mendoakan kami. Arwah Ashraf Sinclair dikebumikan di San Diego Hills dan pasangan ini dilihat terserempak dengan Bunga Citra Lestari semasa sedang memilih pusara mereka. Di ruangan komen rata-rata ada yang mengkritik mereka berikutan harga tanah kubur yang sangat mahal. "Sepatutnya bukan mempersiapkan tanah kubur tetapi sudahkah kita menyiapkan bekal untuk menghadapi kematian?" "Harga tanah kubur buat jantung saya meronta-ronta." "Harga tanah kubur yang macam itu boleh dibuat pusara untuk satu kampung. Kalau duit itu disedekahkan untuk pembangunan masjid alangkah lebih baik, boleh menjadi pahala jariah." Namun ada juga yang memuji mereka kerana dari awal lagi sudah membuat persiapan kematian. "Umur 31 tahun baru sedar yang kita perlu fikirkan kematian. Terima kasih kakak atas video yang telah menyedarkan saya." "Terima kasih atas perkongsian videonya. Saya terus teringat akan kehidupan selepas mati, semua akan kembali kepadaNya." "MasyaAllah kak. Orang lain sibuk urusan dunia, kakak pula dah buat persiapan kematian."-CARI |
s@s@: da mcm cina pulak booking tanah kubur siap2.pakej letak pemadam api dgn ubat penghalau ular, ada sekali ke?
supernaturalee replied at 20-3-2023 02:20 PM
lorrr igtkn san diego us sinunnn
pelik jgk dh kenapa sorg nk kebumi di us, sorg kt jakarta
ADVERTISEMENT