CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Sebak Tonton Petikan Filem 'Anwar Ibrahim:Untold Story'

18-3-2023 12:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 266| Komen: 0|Original author: Tatod

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menitiskan air mata di Kongress Khas PKR 2023 di sini hari ini.

Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak dan tidak mampu menahan sedih ketika petikan filem 'Anwar Ibrahim : Untold Story' dipertontonkan.


Sumber Sinar Harian

Turut dilihat menitiskan airmata, Ketua Angkatan Wanita PKR Fadhlina Sidek.

Filem itu mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menemui penonton secara rasmi di pawagam seluruh negara pada Mei ini.



Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, berkata filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Kongress Khas PKR 2023 bertema Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma dirasmikan hari ini.

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.020157 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top